Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
(Surah Al-An'aam, Ayat 5)

Friday, May 7, 2010

Para Imam 12 dari Quraisy, Bani Hasyim dan Ahl Bait Rasulullah s.a.w.




Ini adalah terjemahan Kitab al-Imarah (Pemerintahan) daripada Sahih Muslim. Cairo, 1955, Jilid II, him. 1542-1543. Bab pada menyatakan urusan kekhalifah/lmamah hanya berada di tangan dua belas (12) Imam daripada Quraisy, seperti berikut:

Hadith No. 4;

Ahmad bin 'Abdullah bin Yunus telah memberitahukan haddatha-na" kami. 'Asim bin Muhammad bin Zaid telah memberitahukan kami daripada bapanya. ... Dia berkata: 'Abd u-llah berkata: Rasulullah s.a.ui. bersabda; "Sentiasa urusan ini "Khalifah/Imamah" berada di tangan Quraisy, sekalipun tinggal dua orang".

Hadith No. 5;

Qutaibah bin Sa'id telah memberitahukan kami. Jarir telah memberitahu-kan kami daripada Husain daripada Jabir bin Samurah. Dia berkata: Aku telah

mendengar Nabi s.a.w. bersabda. Rifa'ah bin al-Haitham al-Wasiti telah

memberitahukan kami. Khalid bin 'Abdullah al-Tihan telah memberitahukan kami daripada Husain Jabir bin Samurah. Dia berkata: Aku telah datang kepada Rasulullah bersama bapaku, maka aku mendengarnya bersabda: "Urusan ini (Khalifah/Imamah) tidak akan selesai sehingga berlalunya kepada

mereka dua belas (12) khalifah". Dia berkata: Kemudian dia bercakap kepadaku dengan perlahan. Dia berkata: maka aku pun berkata kepada bapaku: Apakah yang diucapkannya? Dia menjawab: Mereka semua adalah daripada Quraisy".

Hadith No. 6;

Ibn Abi 'Umar telah memberitahukan aku. Sufyan talah memberitahu kepada kami daripada 'Abdu l-Malik bin 'Umair daripada Jabir bin Samurah. Dia, berkata: Aku talah mendengar Nabi s.a.u. bersabda: "Sentiasa urusan manusia berlalu begitu sahaja selagi mereka tidak dipimpin oleh dua belas (12) lalaki". Kemudian Nabi s.a.w. bercakap kepadaku dengan perkataan yang perlahan. Maka aku pun bertanya bapaku: Apakah yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.? Maka dia berkata: Semua mereka adalah daripada Quraisy".

Hadith No.7;

Haddad bin Khalid al-Azdiyy telah memberitahukan aku. Hammad bin Salmah telah memberitahukan kami daripada Simak bin Harb. Dia berkata: Aku telah

mendengar Jabir bin Samurah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam sentiasa kuat/mulia sehingga dua belas (12) khalifah". Kemudian dia mengucapkan kalimah yang aku tidak memahaminya. Maka aku pun berkata kepada bapaku: Apakah yang diucapkannya? Dia berkata: "Semua mereka adalah daripada Quraisy".

Hadith No. 8;

Abu Bakr din, Abi Syaibah...... Jabir bin Samurah berkata: Nabi s.a.w.

Bersabda: "Sentiasa urusan ini (Khalifah/Imamah) menjadi teguh/mulia sehingga dua belas (12) khalifah". Dia berkata: Kemudian dia bercakap sesuatu yang aku tidak memahaminya. Maka aku bertanyakan bapaku: Apakah yang diucapkan­nya? Maka dia menjawab: "Semua mereka adalah daripada Quraisy".

Hadith No. 9;

Nasru bin 'Ali al-Jadhami telah memberitahukan aku..... Jabir bin Samurah berkata: Aku datang kepada Rasulullah bersama bapaku maka aku mendengarnya ' bersabda: "Agama ini sentiasa kuat/mulia sehingga dua belas (12) khalifah". Dia (Rasulullah s.a.w.) telah mengucapkan perkataan yang tidak dapat didengari-nya oleh orang ramai. Aku bertanya kepada bapaku: Apakah yang d,iucepkan oleh-nya? Dia menjawab: "Semua mereka adalah daripada Quraisy".

Hadith No. 10;

Qutaibah bin Sa'id dan Abu Bakr bin Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami..... Jabir bin Samurah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Agama ini sentiasa teguh sehingga datangnya Qiamat atau
(berlalu) di atas kamu dua belas (12) khalifah".





Sementara al-Bukhari di dalam Sahihnya, Cairo, 1952, IX, him. "205, mengatakan dsngan perkataan "12 amir". Walau bagaimanapun Muslim dan al-Bukhari bersetuju bahawa urusan dunia tidak akan selesai malainkan berlalunya 12 khalifah, 12 lelaki, atau 12 amir.

Kelebihan keturunan Rasulullah s.a.w.

Terjemahan Kitab al-Fadail daripada Sahih Muslim, Cairo, 1955, Dilid IV, him. 1782 mengenai "kelebihan keturunan'Rasulullah s.a.w.".

1. (Hadis No. 2276) Muhammad bin Mihran al-Razi dan Muhammad bin 'Abdu r-Rahman bin Sahm telah memberitahukan haddatha-na aku semuanya daripada al-Walld. Muhammad bin Mihran berkata: al-Walid bin Muslim telah memberitahukan kami. Al-Auza'i telah memberitahukan kita daripada Abi 'Ammar, sssungguhnya beliau telah mendengar Wathilah bin al-Asaq’ berkata: Aku men-dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak Isma'il. Dia telah memilih Quraisyh daripada Kinanah, memilih Bani Hashim daripada Quraisyh dan Dia telah memilih aku daripada Bani Hashim". Hadis ini dikenali dengan hadis al-Istifa'.

Kelebihan Ahl al-Bait nabi s.a.w.

2. (Hadis No. 2424) Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Muhammad bin Abdullah bin Numair telah memberitahukan kami, mereka berdua berkata: Muhammad bin Bisyr telah memberitahukan kami daripada Zakariyya'a daripada Mus'ab bin Syaibah daripada Safiyyah binti Syaibah. Dia berkata: 'Aisyah berkata: Nabi s.a.w. telah keluar di waktu siang dan di atasnya Kisa’ pakaian (selimut) berwarna hitam. Al-Hasan bin 'Ali datang (kepadanya lalu dia memasukkannya (kemudian datang Fatimah maka dia memasukkannya (ke dalamnya). Kemudian 'Ali datang maka dia memasukkannya. Kemudian dia membaca "Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan daripada kamu Ahl al-Bait kekotoran dan membersihkan kamu dengan sebersih bersihnya" (Surah al-Ahzab (33): 33). Hadis ini dikenali dengan hadis al-Kisa'.

3. (Hadis No. 2404 (31) Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Ghundar telah memberitahukan kami daripada Syu'bah. Muhammad bin al-Muthanna dan Ibn Basysyar berkata: Muhammad bin Ja'far dan Mus'ab bin Sa'd bin Abi Waqqas telah mem­beritahukan kami daripada Sa'd bin Abi Waqqas. Dia berkata: Rasulullah s.a.i telah meninggalkan 'Ali bin Abi Talib (di Madinah) semasa Peperangan tabuk. Maka 'Ali a.s. berkata: Uahai Rasulullah! Kamu tinggalkan aku (untuk men— jaga) perempuan dan kanak-kanak? Rasulullah s.a.w. bersabda: tidakkah kamu redha kedudukan (al-Manzilah) kamu disisiku samalah kedudukan Harun disisi Musa? Hanya tidak ada nabi selepasku". Hadis ini dikenali dengan hadis al-Manzilah (Ibid., him. 1871).

4. (Hadis No. 2408) Zuhair bin Harb dan Syuja' bin Makhlad telah memberi­tahukan aku..... kemudian Rasulullah s.a.u. berdiri dan bersabda: Adapun sekalian daripada itu, wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah manusia di mana aku akan didatangi oleh utusan Tuhanku, maka aku akan menyahutinya. Dan aku meninggalkan kepadamu dua perkara yang berharga: Pertamanya kitab Allah padanya petunjuk dan cahaya. Oleh itu beramal dan berpegang teguhlah kamu semua dengan kitab Allah dan keluargaku". Hadis ini dikenali dengan Hadis Thaqalain. (Sahih Muslim, IV, him. 1873).

Jika.diperhatikan hadis "imam dua belas", hadis al-Istif a"', hadis al-Manzilah, dan hadis Thaqalain, maka ternyata bahawa Imamah/Khalifah mestilah berada di tangan 'Ali dan anak-anaknya daripada Fatimah seperti al-Hasan dan al-Husain. Kerana merekalah Ahl Bait Rasulullah s.a.w. Sementara isteri-isteri baginda tidaklah termasuk di dalam pengertian Ahl al-Bait dari segi istilah. 'Aisyah umpamanya dari Bani Taim, Hafsah dari Bani 'Adi dan mereka berdua bukan dari Bani Hashim. Dan mereka tidak termasuk di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 yang berdiri dengan sendiri; tanpa kaitan dengan ayat sebelumnya. Lantaran itu perkataan innama telah digunakan di dalam ayat tersebut (Surah al-Ahzab : 33).

Lantaran itu tidak hairanlah jika Syaikh Sulaiman al-Balkhi (Ahli Sunnah) menyatakan: "Hadis imam dua belas tidak sesuai jika dimaksudkan dengan Khalifah al-Rasyidin kerana mereka kurang daripada 12. Dan ianya juga tidak sesuai dengan khalifah-khalifah dari Bani Umayyah kerana merska lebih dari 12. Semua mereka adalah zalim selain dari Umar bin Abdul Aziz, dan mereka pula bukan daripada Bani Hashim kerana nabi bersabda: Semua mereka mestilah dari Bani Hashyim. Dan ianya juga tidak sesuai dengan khalifah-khalifah dari Bani 'Abbas kerana mereka lebih dari 12. Mereka juga menindas anak cucu Rasulullah dan melanggar suruhan al-Qur'an. Oleh itu satu cara untuk mentafsirkan hadis itu ialah menerima 12 imam itu dari Ahl Bait Rasulullah s.a.w. kerana merekalah yang paling alim, paling takwa, mempunyai sifat-sifat yang paling baik, paling tinggi nasab-nya dan lebih mulia dari sisi Allah, dan ilmu-ilmu mereka diambil dari bapa-bapa mereka yang berhubung rapat dengan moyang mereka Muhammad s.a.u.", (Yanabi al-Muawaddah, him. -447).

No comments: