Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
(Surah Al-An'aam, Ayat 5)

Friday, March 19, 2010

Persoalan

Persoalan ini ditujukan kepada sesiapa yang ingin menjawabnya ....

1 . Hadrat Fatima Az-Zahra telah meninggal dunia 6 bulan selepas ayahnya (s.a.a.w) , Hadrat Abu Bakr telah meninggal dunia 2 setengah tahun selepas baginda , dan Hadrat Umar telah meniggal dunia pada 24 hijrah . Dengan ini , mengapakah Abu Bakr dan Umar mendapat tempat pengebumian di sebelah baginda (s.a.a.w) dan tidak pula Fatima ? Adakah Fatima tidak meminta dia dikuburkan di sebelah baginda ? atau orang muslim menghalangnya ?
(Sahih al Bukhari Arab - English Vol 5, hadith bernombor 546)

2 . Jikalau (tuduhan yang sudah biasa) syiah sendiri yang membunuh Husain , kenapa Ahlul Sunnah yakni majoriti tidak membantu Husain ?

3. Mengapakah pemilihan khalifah dilakukan dengan cara yang berbeza-beza , adakah sunnah Nabi berbeza mengikut peredaran zaman , atau pemilihan mereka dibuat dengan cara mereka sendiri ?

Buat masa ini saya hanya mempersoalkan 3 soalan ini sahaja . Insyallah saya akan terus memberi segala apa info yang saya perolehi .

IMAMIYAH

Sekarang saya akan membincangkan mengenai tajuk yang sering dibahaskan , sering diragui dan sering dipersoalkan yakni mengenai IMAMIYAH . Apakah itu IMAMIYAH ? . Saya akan menjawab berdasarkan pengetahuan saya , insyallah .

IMAM yang terdapat di dalam Syiah Imamiyah adalah 12 orang . Dimulai dengan (mengikut turutan) Imam Ali bin Abi Thalib , Imam Hasan bin Ali , Imam Husain bin Ali , Imam Ali Zainal Abidin , Imam Muhammad Al-Baqir , Imam Ja'far Ash-Shadiq , Imam Musa Al-Kadzim , Imam Ali Ar-Ridha , Imam Muhammad Al-Jawad , Imam Ali Al-Hadi , Imam Hasan Al-Askari , dan yang terakhir Imam Muhammad Al-Mahdi yakni mereka semua berketurunan Nabi Muhammad s.a.a.w . Syiah Imamiyah meyakini bahawa mereka adalah orang yang berhak menganti Nabi Muhammad sebagai khalifah selepasnya . Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan sendiri di dalam sahih Ahlul Sunnah yang terkenal :

Jabir ibn Samura meriwayatkan daripada Rasulullah (s.a): Aku
mendengar Rasulullah (s) bersabda:
"Akan ada duabelas orang ketua." Baginda kemudian
mengucapkan satu ayat yang aku tidak dengar. Bapaku berkata,
Rasulullah menambah, "Semua daripada mereka adalah dari
Quraysh."

[Sahih al-Bukhari (English), Hadith: 9.329, Kitabul Ahkam;
Sahih al-Bukhari, (Arabic), 4:165, Kitabul Ahkam]

dan satu lagi contoh hadis :

Rasulullah (s) bersabda:
"Agama ini (Islam) akan berterusan hingga ke saat akhir (Hari Kebangkitan),
dengan duabelas orang Khalifah untuk kamu
sekalian, semua daripada mereka adalah daripada Quraysh."

[Sahih Muslim, (English), Bab DCCLIV, Jilid 3, ms.1010, Riwayat
#4483; Sahih Muslim (Arab), Kitab al-Imaara, 1980 Edisi Saudi Arabia,
Jilid 3, ms.1453, Riwayat #10]


Terdapat juga hadis-hadis dan info yang lebih lanjut berkaitan dengan hal ini . Saya akan melebarkan hal in dalam tajuk yang lain kerana ini hanyalah sekadar "introduction" sahaja . Insyallah .

Friday, March 5, 2010

Syiah

Persoalan ini dicetuskan oleh ustaz saya , masalahnya , segala penerangan yang diberikan oleh ustaz saya adalah kebanyakannya tuduhan semata-mata . Saya ingin membincangkan mengenai bab ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya fitnah .

Mukaddimah

segala persoalan insyaallah akan dijawab oleh saya mengikut situasi semasa