Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
(Surah Al-An'aam, Ayat 5)

Friday, May 7, 2010

Persoalan-Persoalan Tentang Isu Bahaya Syiah? (isu ini selalu dikeluarkan oleh ustaz di sekolah)

Peringatan: Al-Qur'an menyatakan yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara."(Al-Hujurat:10)
Oleh itu umat Islam sewajarnya saling berkenal-kenalan
dan berlapang dada tentang perkara-perkara yang berbeza
dalam sesuatu madzhab dalam Islam.

Intisari Persoalan:

1. Syiah Menyelewengkan al-Qur'an?
2. Nikah Muta'ah
3. Syiah Golongan Kafir?
4. Syiah Ajaran Yahudi?
5. Imam Maksum
6. Syiah Mengkafirkan Sahabat Nabi SAWA?
7. Imam Ja'afar al-Sadiq AS bukan Syiah?
8. Al-Bada'
9. Taqiyah
10. Mengapa Syi'ah Sujud di atas Tanah Karbala?
11. Mengapa Syi'ah Enggan Menerima Madzhab Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah?
12. Imam Mahdi AS Berumur Panjang?
13. Aqidah Raja'ah
14. Isu-isu al-Qur'an, mushaf, dan wahyu kepada Fatimah AS
15. Mazhab Ahlul Sunnah
16. Mazhab Ahlul Sunnah dan Ahlul Bayt AS
17. Ilmu Para Imam AS
18. Maqam para Imam AS
19. Maqam Imam Ali AS Dan Mushaf Fatimah AS
20. Syiah Menyembunyikan Kitab-kitab Mereka

1. Syiah menyelewengkan al-Qur'an.

Ulama Syiah dari dulu hingga sekarang menolak pendapat tentang berlaku penyelewengan dalam bentuk seperti berlaku perubahan/tahrif, lebih atau kurangnya ayat-ayat Qur an sama ada dari kitab-kitab Syiah atau Ahlul Sunnah.

Mereka berpendapat jika hujah berlakunya perubahan ayat-ayat Qur an diterima maka Hadith sohih Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, " Aku tinggalkan kamu dua perkara supaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Qur an dan Sunnah/Ahl Bayt," tidak boleh dipakai lagi kerana al-Qur an yang diwasiatkan oleh Nabi SAW untukkumat Islam sudah berubah dari yang asal sedangkan Syiah sangat memberatkan dua wasiat penting itu dalam ajaran mereka.Lagi pun Hadith-hadith yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Syiah berkaitan dengan tahrif keatas al-Qur an yang berjumlah kira-kira 300 itu adalah Hadith-hadith dhaif. Begitu juga dalam kitab-kitab Sunnah seperti Sahih Bukhari turut menyebut tentang beberapa Hadith tentang perubahan ayat-ayat Qur an misalnya tentang ayat rejam yang dinyatakan oleh Umar al-Khattab, perbezaan ayat dalam Surah al-Lail dan sebagainya. Bukahkah Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur'an (Surah 15:9), yang bermaksud:" Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Zikr (al-Qur'an), dan sesungguhnya Kami memeliharanya." Sekiranya seseorang itu menerima pendapat bahawa al-Qur'an telah diselewengkan oleh sesuatu golongan maka di sisi lain orang ini sebenarnya telah menyangkal kebenaran ayat di atas. Oleh itu semua pendapat tentang kemungkinan berlakunya tahrif dalam ayat-ayat Qur an sama ada dari Syiah atau Sunnah wajib ditolak sama sekali.

Imam Ja'far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya Rasulullah SAWA [bermaksud]:

"
Setiap Hadith yang kamu
terima dan bersesuaian
dengan Kitab Allah
tidak diragukan datangnya
daripada aku
dan Hadith-hadith yang
kamu terima yang bertentangan
dengan Kitab Allah,
sesungguhnya bukan datang daripadaku."

[Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid I, Hadith 205-5]

2. Nikah Muta'ah.

Berhubung dengan isu hangat iaitu Nikah Muta'ah yang dikaitkan dengan zina, pendapat ini menimbulkan kemusykilan yang amat sangat. Ini kerana menyamakan Muta ah Nikah dengan zina membawa maksud seolah-olah Nabi Muhammad SAWA pernah menghalalkan zina dalam keadaan-keadaan darurat seperti perang Khaibar dan pembukaan kota Mekah. Pendapat ini tidak boleh diterima kerana perzinaan memang telah diharamkan sejak awal Islam lagi dan tidak ada rokhsah dalam isu zina.

Sejarah menunjukkan bahawa Abdullah bin Abbas diriwayatkan pernah mengharuskan Nikah Muta'ah tetapi kemudian menarik balik fatwanya iatu di zaman selepas zaman Nabi Muhammad SAWA.

Kalau muta'ah telah diharamkan pada zaman Nabi SAWA adakah mungkin Abdullah bin Abbas mengharuskannya?

Sekiranya beliau tidak tahu [mungkinkah beliau tidak tahu?] tentang hukum haramnya muta'ah adakah beliau berani menghalalkannya pada waktu itu?

Fatwa Abdullah bin Abbas juga menimbulkan tandatanya kerana tidak mungkin beliau berani mengharuskan zina [muta'ah] dalam keadaan darurat seperti makan bangkai, darah dan daging babi kerana zina [muta'ah] tidak ada rokhsah sama sekali walaupun seseorang itu akan mati jika tidak melakukan jimak. Sebaliknya Abdullah menyandarkan pengharaman muta'ah kepada Umar al-Khattab seperti tercatat dalam tafsir al-Qurtubi meriiwayatkan Abdullah bin Abbas berkata, " Sekiranya Umar tidak mengharamkan mutaah nescaya tidak akan ada orang yang berzina kecuali orang yang benar-benar jahat." (Lihat tafsiran surah al-Nisa:24)

Begitu juga pengakuan sahabat Nabi SAW iaitu Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."

Jelaslah muta ah telah diamalkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW selepas zaman Rasulullah SAW wafat. Oleh itu hadith-hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengharamkan muta ah nikah sebelum baginda wafat adalah hadith-hadith daif.

Dua riwayat yang dianggap kuat oleh ulama Ahlul Sunnah iaitu riwayat yang mengatakan nikah muta ah telah dihapuskanpada saat Perang Khaibar dan pembukaan kota Mekah sebenarnya hadith-hadith yang daif. Riwayat yang mengaitkan pengharaman muta ah nikah pada ketika Perang Khaibar lemah kerana seperti menurut Ibn al-Qayyim ketika itu di Khaibar tidak terdapat wanita-wanita muslimah yang dapat dikahwini. Wanita-wanita Yahudi (Ahlul Kitab) ketika itu belum ada izin untuk dikahwini. Izin untuk mengahwini Ahlul Kitab seperti tersebut dalam Surah al-Maidah terjadi selepas Perang Khaibar. Tambahan pula kaum muslimin tidak berminat untuk mengahwini wanita Yahudi ketika itu kerana mereka adalah musuh mereka.

Riwayat kedua pula diriwayatkan oleh Sabirah yang menjelaskan bahawa nikah muta ah diharamkan saat dibukanya kota Mekah (Sahih Muslim bab Nikah Muta'ah) hanya diriwayatkan oleh Sabirah dan keluarganya sahaja tetapi kenapa para sahabat yang lain tidak meriwayatkannya seperti Jabir bin Abdullah, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud?

Sekiranya kita menerima pengharaman nikah muta'ah di Khaibar, ini bermakna muta'ah telah diharamkan di Khaibar dan kemudian diharuskan pada peristiwa pembukaan Mekah dan kemudian diharamkan sekali lagi. Ada pendapat mengatakan nikah muta'ah telah diharuskan 7 kali dan diharamkan 7 kali sehingga timbul pula golongan yang berpendapat muta'ah nikah telah di haramkan secara bertahap seperti mana pengharaman arak dalam al-Qur'an tetapi mereka lupa bahawa tidak ada ayat Qur'an yang menyebutkan pengharaman muta'ah secara bertahap seperti itu. Ini hanyalah dugaan semata-mata.

Yang jelas nikah muta'ah diharuskan dalam al-Qur an surah al-Nisa:24 dan ayat ini tidak pernah dimansuhkan sama sekali. Al-Bukhari meriwayatkan dari Imran bin Hushain:

"Setelah turunnya ayat muta'ah,
tidak ada ayat lain yang menghapuskan ayat itu.
Kemudian Rasulullah SAW pernah memerintahkan kita
untuk melakukan perkara itu
dan kita melakukannya

semasa beliau masih hidup.
Dan pada saat beliau meninggal,
kita tidak pernah mendengar
adanya larangan dari beliau SAW tetapi kemudian ada
seseorang yang berpendapat
menurut kehendaknya sendiri."

Orang yang dimaksudkan ialah Umar. Walau bagaimanapun Bukhari telah memasukkan hadith ini dalam bab haji tamattu.

Pendapat Imam Ali AS adalah jelas tentang harusnya nikah muta'ah dan pengharaman muta'ah dinisbahkan kepada Umar seperti yang diriwayatkan dalam tafsir al-Tabari:

"Kalau bukan kerana Umar

melarang nikah muta'ah
maka tidak akan ada orang

yang berzina kecuali orang
yang benar-benar celaka."

Sanadnya sahih. Justeru itu Abdullah bin Abbas telah memasukkan tafsiran (Ila Ajalin Mussama) selepas ayat 24 Surahal-Nisa bagi menjelaskan maksud ayat tersebut adalah ayat muta'ah (lihat juga Syed Sobiq bab nikah muta'ah).

Pengakuan Umar yang menisbahkan pengharaman muta'ah kepada dirinya sendiri bukan kepada Nabi SAWA cukup jelas bahawa nikah muta'ah halal pada zaman Nabi SAWA seperti yang tercatat dalam Sunan Baihaqi,

" Dua jenis muta'ah yang dihalalkan di zaman Nabi SAWA aku haramkan
sekarang dan aku akan dera siapa yang melakukan kedua
jenis muta'ah tersebut. Pertama nikah muta'ah dan kedua haji tamattu".

Perlulah diingatkan bahawa keharusan nikah muta ah yang diamalkan oleh Mazhab Syi ah bukan bermaksud semua orang wajib melakukan nikah muta ah seperti juga keharusan kahwin empat bukan bermaksud semua orang wajib kahwin empat. Penyelewengan yang berlaku pada amalan nikah muta'ah dan kahwin empat bukan disebabkan hukum Allah SWT itu lemah tetapi disebabkan oleh kejahilan seseorang itu dan tidak dinafikan kelemahan akhlaknya sebagai seorang Islam. Persoalannya jika nikah muta'ah sama dengan zina, apakah bentuk muta'ah yang diamalkan oleh para sahabat pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman khalifah Abu Bakar?[catatan: Nikah muta'ah memang tidak sama dengan zina]

3. Syiah Kafir?

Dakwaan Syiah golongan kafir menimbulkan kemusykilan kerana pada setiap tahun orang-orang Syiah mengerjakan ibadat haji misalnya pada tahun 1996, seramai 70,000 jemaah haji Iran mengerjakan haji. Oleh itu bagaimanakah boleh terjadi orang kafir (Syiah?) dibenarkan memasuki Masjidil Haram sedangkan al-Qur an mengharamkan orang kafir memasuki Masjidil Haram?

4. Syi'ah Yahudi?

Dakwaan Syiah adalah hasil daripada ajaran Yahudi dan Nasrani juga tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Sebagai contoh, pada masa ini pejuang Hizbollah (Syiah) berperang dengan Yahudi di Lebanon. Ramai yang gugur syahid. Semua orang tahun Israel memang takut dengan pejuang Hizbollah sebab itu mereka sengaja mengebom markas PBB pada tahun 1996 untuk menarik negara-negara barat mencari jalan menghentikan peperangan dengan Hizbollah itu. Fakta Abdullah bin Sabak yang dikatakan pengasas ajaran Syiah adalah kisah hayalan sahaja. Cerita Abdullah bin Sabak hanya dikutip oleh ahli-ahli sejarah seperti al-Tabari dari seorang penulis hayalan yang bernama Saif bin Umar al-Tamimi yang ditulis pada zaman Harun al-Rasyid. Jika seseorang itu meneliti hadith-hadith tentang kelebihan Ali atau hadith tentang Ali sebagai wasyi selepas Rasulullah SAWA yang dikatakan ajaran Abdullah bin Sabak - sebenarnya tidak terdapat riwayat yang mengutip dari Abdullah bin Sabak. Sebaliknya banyak hadith-hadith tentang kelebihan Ali datangnya dari Rasulullah SAWA. Umar bin al-Khattab pula sewaktu mendengar berita kewafatan Rasulullah SAWA enggan mempercayai kewafatan Rasulullah SAWA tetapi Umar percaya Rasulullah SAWA tidak wafat sebaliknya baginda SAWA pergi menemui TuhanNya seperti yang berlaku kepada Nabi Musa AS menghadap Tuhan selama 40 hari dan hidup semula selepas itu. Menurut Umar Rasulullah SAWA hanya naik ke langit.Lihat Tabari, Tarikh al-Muluk wal Umman, Jilid III,halaman 198]. Kisah seperti ini tidak ada dalam catatan Hadith-hadith Nabi SAWA tetapi mengapakah kita tidak menuduh Umar terpengaruh dari ajaran Yahudi?

5. Syiah memaksumkan imam-imam mereka.

Mereka berhujah dengan ayat Quran 33:33 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Allah hendak mengeluarkan dari kalian
kekotoran [rijsa] wahai Ahlul Bayt
dan menyucikan kalian
sebersih-bersihnya."

Istilah Ahlul Bayt menurut Hadith Rasulullah SAWA merujuk kepada lima orang iaitu Rasulullah SAW, Fatimah, Ali, Hassan dan Husayn seperti yang diriwayatkan dalam Sohih Muslim. Perkataan rijsa[kekotoran] sudah tentu bukan kotor dari segi ain seperti najis dan sebagainya tetapi merujuk kepada dosa-dosa dan apabila Allah 'hendak secara berterusan' [yuridu] menyucikan mereka sebersih-bersihnya tidak boleh diragukan lagi ia merujuk kepada penyucian total dari sebarang dosa yang dalam istilah lain bermaksud mereka adalah maksum.

Tambahan pula banyak ayat-ayat Qur an yang menjelaskan perintah Allah SWT supaya manusia berbuat maaruf dan meninggalkan perbuatan dosa. Apabila Allah SWT memerintah manusia berbuat maaruf dan meninggalkan dosa sudah tentu Allah SWT tahu bahawa manusia itu memang mampu meninggalkan dosa kerana Allah SWT tidak akan membebankan manusia dengan suatu perintah yang manusia tidak mampu buat.

Oleh itu sekiranya Syiah mengatakan imam mereka maksum iaitu tidak berbuat dosa serta Allah SWT memelihara mereka daripada perbuatan dosa berdasarkan Surah 33:33 itu, adakah ia bercanggah dengan al-Qur an? Adakah mereka yang tidak maksum layak menduduki maqam Imam ummah?

6. Syiah didakwa mengkafirkan para sahabat Nabi SAWA.

Syiah mendiskreditkan sahabat-sahabat "besar" Nabi SAWA seperti Abu Bakar dan Umar. Abu Bakar adalah sahabat Nabi Muhammad SAW dalam gua ketika peristiwa hijrah dan merupakan khalifah yang pertama. Begitu juga Umar al-Khattab adalah sahabat Nabi SAWA dan khalifah kedua.

Sesiapa yang mencaci sahabat digolongkan sebagai kafir serta terkeluar dari Islam (Nabi SAW menyatakan sesiapa yang mencaci seorang muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kafir[Sahih Bukhari, Jilid I Hadith 48]).[Nota: Syi'ah tidak mencaci sahabat-sahabat Nabi SAWA tetapi menunjukkan perbuatan mereka yang menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sejarah dan Hadith. Mereka menilai dan mengkritik perangai setengah sahabat dengan neraca al-Qur'an dan Hadith Nabi SAWA.] Dan jangan lupa! Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa terdapat sahabat yang masuk neraka seperti dalam riwayat Sahih Muslim dan Sahih Bukhari [akan dijelaskan di bawah].Istilah sahabat telah digunakan dalam al-Qur an untuk Abu Bakar dan ini menunjukkan beliau terjamin masuk syurga dan tidak melakukan kesalahan.

Apakah kita lupa istilah sahabat juga digunakan dalam al-Qur an untuk teman Nabi Yusuf yang bukan beriman kepada Allah SWT ketika dalam penjara? Sila baca Surah Yusuf untuk memuaskan hati kita (istilah sohibi al-Sijni digunakan=sahabatku dalam penjara[nota:beliau bukan Islam dan bersama Nabi Yusuf AS dalam penjara]). Memang Nabi Muhammad SAWA mempunyai sahabat-sahabat yang baik seperti Ammar bin Yasir, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan sebagainya tetapi di Madinah juga ada golongan munafiq yang dipanggil "sahabat" oleh Nabi SAWA seperti Abdullah bin Ubay bin Salool. Dalam Sohih Bukhari juga diriwayatkan bahawa ada segolongan "sahabat" yang bakal masuk neraka ketika berjumpa Nabi Muhammad SAWA di al-Haudh. Nabi SAWA memanggil mereka dengan istilah 'ashabi' [sahabatku]. Sila rujuk Sahih Bukhari[Sahih Al-Bukhari, Jilid 4, hlm.94-96];Sahih Muslim, Jilid IV, hadith 2133,2440.] Sahabat yang baik memang kita hormati , sanjungi dan ikuti tetapi sahabat yang jahat seperti Muawiyah yang menentang Imam Ali AS dan mencaci Ali AS di atas mimbar patutkah kita berdiam diri?

Bukankah pasukan Muawiyah terlibat membunuh Amar bin Yasir dalam Perang Siffin? Nabi SAWA pernah menyatakan sebuah hadith dalam Sahih Bukhari menyifatkan orang yang terlibat dalam pembunuhan Amar adalah golongan pemberontak dan Rasulullah SAWA bersabda [terjemahan]:...Kamu (Amar) mengajak kelompok itu menuju ke Jannah tetapi kelompok itu mengajak ke neraka." [Sahih Bukhari, Jilid II,Hadith 462].

Al-Qur'an memerintahkan kita taat kepada Ulil Amri - pada ketika itu ialah Imam Ali AS sebagai khalifah yang sah dan wajib ditaati. Adakah tindakan Muawiyah itu selaras dengan ajaran al-Qur'an dan tidak boleh dikritik?

Kita ikuti sahabat yang baik dan kita tinggalkan contoh sahabat yang jauh dari ajaran al-Qur'an dan Hadith Nabi SAWA.Sejarah menunjukan bahawa seorang sahabat bernama al-Walid bin Utbah dikaitkan dengan asbabul nuzul ayat 6 Surah al-Hujurat iaitu menyatakan beliau seorang fasiq. Qudamah bin Maz un seorang sahabat Badar dihukum had pada zaman khalifah Umar kerana minum arak seperti dalam riwayat Sahih Bukhari.

Jika ada orang yang masih teguh dengan pendirian bahawa semua sahabat adalah 'adil maka apakah hukumnya Muawiyah mencari Ali di atas mimbar? Apakah ijtihad Muawiyah boleh sampai mencaci Ali? Sebaliknya orang yang mengkritik Muawiyah dikatakan mencaci sahabat Nabi SAWA? Jika seseorang yang menolak kekhalifahan Abu Bakar dianggap kafir, apakah pula hukumnya orang yang menolak perlantikan Ali setelah ada Hadith al-Ghadir yang menetapkan Ali AS sebagai khalifah selepas Nabi SAWA wafat? Bolehkah umat Islam memilih selain daripada yang telah ditetapkan oleh Rasulnya?

Alllah SWT berfirman dalam Surah Hud:113,bermaksud:

Dan janganlah kamu cenderung kepada
orang-orang yang zalim yang
menyebabkan kamu disentuh oleh
api neraka..."

Dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang menyuruh manusia berbuat adil, dan melarang mereka dari berbuat zalim [nota: standard "adil"atau sebaliknya adalah berpandukan Kitab Allah Azza Wa-Jalla dan tidak ada sesiapa pun dikecualikan hatta para "sahabat" sekalipun].Balasan Allah SWT di akhirat kelak berasaskan segala amalan manusia ketika hidup di dunia - yang baik ke syurga dan yang buruk ke neraka.

Ini bermakna istilah "sahabatku"dalam Hadith Nabi SAWA tidak bermakna merujuk kepada semua sahabat [sekiranya jumlah yang hadir pada Haji Wida' iaitu seramai 140,000 atau 90,000 orang] adalah adil belaka. Sahabat yang adil memang ada seperti Abu Dzar al-Ghiffari yang dinyatakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAWA [terjemahan]:" Tidaklah langit menaungi seseorang dan tidak bumi membawa seseorang yang lebih jujur daripada Abu Dzar RA."[Sunan al-Tirmidzi, Hadith 3889]. Begitu juga terdapat segolongan sahabat yang engkar mengikut perintah Nabi SAWA terutamanya selepas Nabi SAWA wafat dan menjadi seteru Ahlul Bayt AS [keluarga Nabi SAWA] seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sejarah. Nabi SAWA bersabda seperti yang diriwayatkan dalam Sunan al-Tirmidzi, hadith 3878,[terjemahan]:

"Cintailah Allah kerana nikmat-nikmatnya yang diberikan kepadamu dan cintailah aku kerana cinta kepada Allah dan cintailah keluargaku kerana cinta kepadaku."

Oleh itu sesiapa yang memusuhi Ahlul Bayt AS memang menjadi musuh Rasulullah SAWA dan Allah SWT.

Bukankah Allah SWT telah melaknat golongan yang zalim dalam al-Qur'an?

"Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) ke atas orang-orang yang zalim."[Qur'an: 11: 18]

7. Golongan Syiah sering didakwa bukan mengikuti ajaran Ahlul Bayt
Nabi Muhammad SAWAW.

Imam Ja far al-Sadiq bukan Syiah tetapi Ahlul Sunnah. Sebaliknya semenjak kita belajar Ahlul Sunnah nama Imam Ja far al-Sadiq tidak dikenal langsung tetapi golongan Syiah sering mengutip hadith-hadith dari beliau dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Malahan semua sarjana fiqh bersepakat bahawa Jaafar al-Sadiq pengasas fiqh Madzhab Syiah Jaafariyyah. Oleh itu dakwaan di atas dibuat atas dasar emosi dan tidak berasaskan akademik.

8. Syiah percaya kepada kepada al-Bada.

Tuduhan: Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang
Berlaku Kepada Manusia (al-Bada').

Ulama Syiah tidak pernah menganggap Allah tidak mengetahui seperti tuduhan-tuduhan yang sengaja menyelewengkan maksud sebenar.

Al-Bada' tidak bermaksud kejelasan yang sebelumnya samar dinisbahkan kepada Allah SWT.

Al-Bada' yang difahami oleh ulama Syiah ialah adalah Allah berkuasa mengubah sesuatu kejadian dengan kejadian yang lain seperti nasikh dan mansukh sesuatu hukum syariah yang tercatat dalam al-Qur'an tetapi al-Bada' menyangkut tentang sesuatu kejadian [takwini] seperti hidup dan mati dan seumpamanya.
Misalnya kisah penyembelihan Nabi Ismail AS tetapi kemudian Allah Azza Wa-Jalla menggantikannya dengan seekor kibas.

Alllah SWT berfirman dalam al-Qur'an 13:39 yang bermaksud:

" Allah menghapus apa yang Ia kehendaki dan menetapkan
[apa yang Ia kehendaki]
dan di sisinya terdapat Umm al-Kitab [Lauh al-Mahfuzh]."

Sebuah hadith yang dipetik dari al-Kulaini dalam Kitabul Tauhid, Usul al-Kafi, hadith 373.

Maksudnya:"Allah tidak menerbitkan [bada']
pada sesuatu melainkan ianya berada
dalam ilmuNya sebelum [Allah menetapkan] berlakunya [bada' tersebut]."

Hadith 374 menegaskan bahawa:

Maksudnya:" Sesungguhnya Allah tidak menerbitkan Bada'
daripada kejahilan[Nya]".

Syeikh al-Mufid menulis dalam bukunya Awail Maqalat: " Apa yang saya fatwakan tentang masalah al-bada' ialah sama dengan pendapat yang diakui oleh kaum muslimin dalam menanggapi masalah nasakh [penghapusan] dan sebagainya seperti memiskinkan kemudian membuat kaya, mematikan kemudian menghidupkan dan menambah umur dan rezeki kerana ada sesuatu perbuatan yang dilakukan. Itu semua kami kategorikan sebagai bada' berdasarkan beberapa ayat dan nas-nas yang kami dapatkan dari para Imam."

9. Syiah mengamalkan Taqiyah.

Mereka mendakwa taqiyyah bermaksud berpura-pura dan sinonim dengan perbuatan golongan munafiq. Syeikh Muhammad Ridha al-Muzaffar menulis dalam bukunya Aqidah Syiah Imamiyyah:

"Taqiyah merupkan motto Ahlul Bayt AS bermotifkan
untuk melindungi agama, diri mereka dan pengikut mereka dari bencana
dan pertumpahan darah, untuk memperbaiki keadaan kaum muslimin
serta penyelarasan mereka, dan memulihkan ketertiban mereka."

Mengikut Alamah Tabatabai' dalam bukunya Islam Syiah bahawa sumber amalan taqiyah ini merujuk juga kepada al-Qur'an seperti Surah 3:28, yang bermaksud:

"Jangan sampai orang-orang beriman menjadikan orang-orang kafir
sebagai teman-teman mereka selain orang-orang beriman.
Barang siapa yang melakukan hal itu maka tidak ada pertolongan dari Allah
kecuali untuk menjaga diri terhadap mereka [orang-orang kafir]
dengan sebaik-baiknya. Allah memperingatkan kalian [agar selalu ingat] kepadaNya.
Dan kepada Allahlah kalian kembali."

Ungkapan menjaga diri terhadap orang-orang kafir dengan sebaik-baiknya diterjemahkan dari tattaquu minhum tuqatan dan kata tattaquu dan tuqatan mempunyai akar kata yang sama dengan taqiyah.

Ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan peristiwa taqiyah Amar bin Yasir yang mencari perlindungan dengan mengaku kafir di hadapan musuh-musuh Islam iaitu dalam Surah 16:106:

Maksudnya:"....."kecuali orang yang terpaksa, padahal hatinya tetap
tenang dalam beriman..."

Jelaslah bahawa taqiyah bukan membawa maksud berpura-pura seperti mana yang sering didakwa oleh orang yang berpura-pura berilmu pengetahuan tetapi sarat dengan kejahilan dan niat yang buruk.

10. Mengapa Syi'ah sujud di Tanah Karbala?

Soal mengapa pengikut Syi'ah bersujud di atas tanah Karbala tidak bercanggah dengan mana-mana hukum fiqh dari semua madzhab.

Solat adalah perbuatan ibadah yang cara-caranya terikat kepada amalan Rasulullah SAWA.Kaedah ini diterima oleh semua madzhab dan tidak ada sesiapa berani mempertikaikannya ataupun dia akan terkeluar dari senarai "Muslim".

Hadith Nabi SAWA yang mulia menjelaskan tentang cara-cara bersujud seperti yang tercatat dalam Sahih Muslim, misalnya hadith nombor 469, [terjemahan]....

Dan di mana saja kamu berada,
jika waktu solat telah tiba,
maka solatlah,
kerana bumi ialah tempat bersujud (masjid)

atau hadith nombor 473, [terjemahan]
"....Bumi dijadikan suci bagiku
[nota: misalnya debu tanah boleh digunakan untuk bertayammum]
dan menjadi tempat sujud [wa ju'ilat ila-l-ardh tuhura wa-masjidan].
Dan memang orang-orang Syi'ah mengikut contoh Imam-imam mereka seperti Imam Ali Zainal Abidin AS dan seterusnya, yang meletakkan tanah Karbala sebagai tempat untuk bersujud.

Yang patut diingatkan bahawa Syi'ah tidak sujud kepada tanah Karbala. [nota: perbuatan ini tentunya syirik] tetapi di atas tanah Karbala untuk merendahkan diri di hadapan Allah SWT.Imam Ja'far al-Sadiq AS ketika ditanya perkara tersebut berkata [bermaksud]:
"
....kerana sujud adalah untuk merendahkan diri di hadapan Allah,
oleh itu adalah tidak wajar seseorang itu bersujud
di atas benda-benda yang dicintai oleh manusia di dunia ini."
[Wasa'il al-Syi'ah,
Juzuk III, hlm.591]
Dalam hadith yang lain Imam Ja'far al-Sadiq AS menjelaskan bahawa:
"Sujud di atas tanah lebih utama
kerana lebih sempurna
dalam merendahkan diri
dan penghambaan di hadapan Allah Azza Wa-Jalla."
[Al-Bihar, Juzuk, 85, hlm.154]

11. Mengapa Syi'ah tidak boleh menerima Madzhab Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah?

As-Sayyid Syarafuddin al-Musawi al-'Amili seorang ulama Syi'ah dengan tegas menjelaskan:

"
Bila dalam kenyataannya kami kaum Syi'ah tidak
berpegang kepada Madzhab Asy'ari dalam hal usuluddin

dan madzhab yang empat dalam cabang syari'at,
maka ini sekali-kali bukan kerana kami taksub;
bukan pula kerana meragukan usaha ijtihad para
tokoh-tokoh madzhab tersebut.
Dan juga bukan kerana kami menganggap mereka itu
tidak memiliki kemampuan, kejujuran,
kebersihan jiwa atau ketinggian ilmu dan amal,
tetapi sebabnya ialah bahawa dalil-dalil syari'ah
telah memaksa kami untuk berpegang hanya
kepada madzhab Ahlul Bayt AS,

ahli rumah Rasulullah SAWA,
pusat Nubuwwah dan Risalah,
tempat persinggahan para malaikat,
dan tempat turunnya wahyu al-Qur'an.
Maka hanya dari merekalah kami mengambil
cabang-cabang agama dan aqidahnya,
usul fiqh dan kaedahnya.
Pengetahuan tentang al-Qur'an dan al-Sunnah.
Ilmu-ilmu akhlak, etika dan moral.
Hal itu semata-mata kerana tunduk

pada hasil kesimpulan dalil-dalil
dan bukti-bukti.
Dan sepenuhnya mengikuti petunjuk
dan jejak penghulu para Nabi, Rasulullah SAWA."

[As-Syarafuddin al-Musawi,al-Muruja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah, Penerbit Mizan,hlm.17-18]

Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:
"Hadith-hadith yang aku riwayatkan
adalah dari ayahku.

Dan semua hadith tersebut
adalah riwayat dari datukku.

Dan semua riwayat datukku
adalah dari hadith datukku al-Husayn AS.

Dan semua riwayat al-Husayn AS
adalah dari hadith al-Hasan AS.

Dan semua hadith al-Hasan AS
dari datukku Amirul Mu'minin Ali AS;

dan semua hadith Amirul Mu'minin Ali AS
adalah dari hadith Rasulullah SAWA.

Dan hadith-hadith Rasulullah SAWA
adalah Qaul Allah Azza Wa-Jalla."
[Al-Kulaini,al-Kafi, Juzuk I, hadith 154-14]

Bagi Syi'ah, tidak ada dalil bagi seseorang itu untuk menerima selain dari Mazhab Ahlul Bayt AS kerana perkara itu telah diputuskan oleh Allah SWT.

12. Imam Mahdi AS hidup lebih 1000 tahun

Mereka mendakwa kepercayaan bahawa Imam Mahdi AS masih hidup sejak peristiwa ghaib kubra pada tahun 329H adalah sesuatu kepercayaan yang karut. Mengapakah mereka lupa bahawa Allah SWT telah menghidupkan nabi-nabi terdahulu dengan umur yang panjang seperti Nabi Nuh AS dan Nabi Adam AS? Malahan umat Islam percaya Nabi Isa AS masih hidup hingga kini sejak beliau diangkat ke langit oleh Allah SWT dalam peristiwa beliau diselamatkan dari pembunuhan pengikut-pengikutnya. Ini bermakna beliau as telah hidup lebih seribu tahun. Pemuda-pemuda Ashabul Kahfi di bangkitkan oleh Allah SWT setelah ditidurkan dengan begitu lama. Begitu juga umat Islam percaya Nabi Khidir as masih hidup hingga kini. Malahan syaitan la'natullah alahi masih hidup sejak makhluk ini engkar kepada Allah SWT. Ini bermakna syaitan telah hidup lebih lama dari 1,000 tahun. Tidakkah kisah-kisah ini menunjukkan bahawa umur panjang bagi Imam Mahdi AS bukanlah sesuatu yang mustahil kerana Allah SWT Maha Berkuasa bagi perkara yang sekecil itu.

13. Aqidah Raja'ah

Al-Allamah al-Safi menjawab tentang masalah rajaah seperti berikut: " Qaul tentang raja'ah itu merupakan qaul dari itrah Rasulullah SAWA yang suci. Perbahasan tentang masalah ini telah beredar dikalangan mereka dan selain dari mereka. Pedoman mereka dalam masalah ini adalah ayat-ayat Qur'an dan hadith-hadith yang mereka riwayatkan dengan sanad yang turun temurun dari datuk-datuk mereka sampai kepada datuk Rasulullah SAWA.

Kenyataan yang tidak mungkin diingkari oleh para peneliti masalah-masalah keislaman adalah bahawa sumber aqidah raja'ah itu adalah imam-imam Ahlul Bayt AS yang telah ditetapkan kewajipan berpegang teguh kepada mereka dengan keterangan dari hadith al- tsaqalain dan lain-lainnya.

Pihak syiah mengatakan tentang raja'ah secara global. Mereka membandingkan hal ini dengan kejadian-kejadian para ummah terdahulu seperti yang diceritakan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya, yang bermaksud:" Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-beribu (jumlahnya) kerana takut; maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu," kemudian Allah menghidupkan mereka (kembali)...(Al-Baqarah:243).

Ayat yang lain, bermaksud:" Atau apakah (kamu tidak memerhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atasnya. Dia berkata:" Bagaimanakah Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah ia roboh?" Maka Allah mematikan orang itu selama seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali....(Al-Baqarah:259)

Dan boleh juga mengambil teladan dari firman Allah Ta'ala dalam ayat berikut yang bermaksud:" Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada pada dirinya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami melipatgandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (Al-Anbiya:84)

Mereka golongan syiah mengatakan bahawa hal itu tidak mustahil akan terjadi kepada umat ini berdasarkan firman Allah Ta'ala:

Maksudnya:" Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibahagi-bahagikan (dalam kelompok-kelompok)." (Al-Naml:83)

Hari yang disebutkan Allah SWT dalam ayat di atas, tentu bukan Hari Qiamat, kerana pada Hari Qiamat Allah membangkitkan semua umat manusia, sebagaimana yang difirmankanNya dalam ayat berikut:

Maksudnya:" Dan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka." (Al-Kahfi:47)

Dalam dua ayat di atas, Allah SWT menyatakan bahawa Hari Kebangkitan itu ada dua. Kebangkitan umum dan kebangkitan khusus. Hari yang dibangkitkannya segolongan orang-orang dari tiap-tiap umat itu bukan Hari Qiamat, jadi ia tidak lain adalah Yaumul Raja'ah.

Adapun tentang perincian Yaumul Raja'ah itu tidak ada hadith-hadtih sahih yang menyatakannya. Hadith-hadith yang menyebutkan tentang perincian Yaumul Raja'ah adalah hadith-hadith dhaif sama ada dari segi dalalahnya ataupun sanadnya. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Lutfollah Saafi Golpayegani dalam bukunya yang bertajuk "Aqidah Mahdi dalam Syi'ah Imamiyyah" menyatakan bahawa hadith-hadith perincian tentang Yaumul Raja'ah adalah hadith-hadith dhaif dan ditolak oleh ulama hadith syi'ah.

Aqidah Raja'ah mempunyai asas ajaran dalam al-Qur'an dan dinyatakan oleh para Imam Ahlul Bayt AS, oleh itu adakah wajar kita menolaknya?

14. Isu-isu al-Qur'an, Mushaf, dan Wahyu kepada Fatimah AS

Apabila dibicarakan tentang persamaan antara sunnah dan syiah bererti di situ pasti ada perbezaannya. Permasalahannya apa bila ada perbezaan, apakah pegangan kepada satu mazhab menjadi penilai kebenaran dalam mengukur mazhab yang lain? atau di kembalikan kepada Al Quran dan hadis dan mengukurnya secara rasional yang bebas dari ketasuban bermazhab?

Tomahan terhadap syiah bukan satu yang baru dsan sepertinya tidak akan berahkir. Setelah membaca banyak buku2 yang menyalahkan syiah, kami melihat hal ini disebabkan oleh beberapa perkara. 1- Menilai kebenaran berdasarkan mazhab tertentu. 2- Menafsir sendiri riwayat syiah tanpa melihat penfsiran ulamak syiah tentang hadis tersebut, sehingga natijah yang diambil berdasarkan selera sendiri. 3- Mengambil kata-kata ulamak sebagai sandaran tanpa menilai kembali pandangan mereka dan suasana mereka mengeluarkan fatwa. 4- Menungkilkan hadis separuh separuh hingga menyebabkan maknanya berubah. 5- Menanggap apa saja yang tertulis dalam kitab-kitab hadis muktabar syiah itu sahih sebagai mana Ahlu suunah menanggap semua yang ada dalam Bukhari itu sahih.

Kami berterima kasih kepada penulis ABC kerana komennya atas rencana 'persamaan dan perbezaan antara sunnah dan syiah'. Izinkan kami di sini untuk mengomentar kembali tilisannya berdasarkan ukhwah islamiah dan perbahsan ilmiah tulen yang menjadi pemangkin kepada pendekatan antara mazhab2 islam untuk saling mengenali hingga tidak tibul tomahan2 liar.

1- Al Quran a- makna mushaf Kebanyakan umat Islam menanggap bahawa perkataan 'mushaf' itu senonim 'Al Quran'. Sedangkan dalam lisan Al Quran dan hadis Rasul tidak sedemikian. Mushaf itu ertinya kumpulan tulisan dan selepas wafat Rasul digunakan untuk ayat2 al quran dikumpulkan oleh para sahabat dan juga tulisan2 hadis.

Oleh itu jika ada perkataan mushaf dalam riwayat syiah jangan terus menanggap ia adalah Al Quran. Penulis ABC juga ada menungkilkan riwayat dari Al Kafi yang menunjukan bahawa mushaf Fatimah bukan Al Quran tetapi kumpulan khabar yang di sampaikan oleh Jibril.

b- Wahyu untuk Fatimah as. Persoalannya di sini apakah ia mungkin atau tidak? Pertama kita perlu mengenal maqam Fatimah as. terlebih dahulu. Tiada siapa yang mengingkari bahawa ia adalah penghulu wanita sekian alam, yang paling mulia antara 4 wanita yang termulia.

Kedua apakah Jibril boleh menurunkan wahyu untuk selain nabi. Yang mengatakan tidak bererti ia jahil tentang Al Quran. Dalam surah Ali Imran ayat 42 hingga 45 menceritakan pembicaraan jibril dengan Mariam. Dan Fatimah as. lebih mulia dari Mariam. Riwayat tentang turunnya Jibril pada Fatimah banyak dalam kitab-kitab syiah. Sudah tentu mereka yang menjauhinya tidak akan meriwayatkan peristiwa tersebut.

15. Mazhab Ahlu Sunnah

a. Seperti penulis ABC setuju bahawa mazhab ahlu sunnah terbentuk secara evolusi. Malah pengikutnya hari ini pun tidak mengamalkan fatwa Imam2 mereka baik dari segi fekah maupun akidah secara tulin. Tetapi permasalahnnya bukan di sini tapi pada sumber hukum. Mereka mengenepikan Imam2 Ahlu Bait as. baik dalam fekah maupun akidah. Bagaimana hati boleh aman dengan apa yang di amalkan sedangkan bahtera penyelamat umat Muhammad SAWA ditinggalkan. Bukankah mereka sebagaimana sabda Ar Rasul SAWA. Umpama ahlu baitku di dalam umatku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya selamat siapa yang meninggalkannya akan tenggelam.

b. Para pemerintah yang zalim ketika itu mengambil kesempatan untuk menyebarkan fatwa para mujtahid tersebut dan menakutkan oprang ramai dari mendekati Imam-imam ahlul- bait dan ulamak mereka.

c. Penutupan pintu ijtihad oleh khalifah yang zalim bukan satu yang pelik tetapi yang pelik adalah apabila para ulamak besar ahlu sunnah juga merelakan hal ini seperti Al Ghazali, Sayuti. Ibnu Hajar dll dan akhirnya percubaan membuka pintu ijtihad dianggap dosa besar sebagaimana penulisan hadis padsa kurun pertama hijrah dan tidak melaknat Imam Ali pada hari jumaat pada 80 tahun pertama pemerintahan bani umaiyah. Sedangkan proses ijtihad terus subur dalam mazhab syiah dan tidfak timbul kekalutan dalam permasalahan mujtahid palsu. Dan para muqalid sentiasa bertaqlid kepada mujtahid yang hidup pada setiap waktu.

16. Ahlul Sunnah Wa l-Jama'ah Dan Ahlu Bait AS

Syiah menerima bahawa ahlu sunnah mencintai dan memuliakan ahlu bait, tetapi apakah mereka benar-benar meletakan ahlu bait pada posisi yang Allah SWT telah letakan? Apakah tiada hikmah mengapa mereka disucikan dan diwajibkan kecintaan ke atas mereka dan solat dan selawat tidak diterima tanpa menyebut mereka.

Jika ahlu sunnah benar2 menghormati mereka sepatutunya mereka juga perlu menghormati orang-orang yang mengikuti mereka, bukan menuduh dengan hal2 yang tidak benar. Kita diwibkan untuk mengikuti Al Quran, apakah tidak wajib kita mengikuti mereka yang disucikan untuk menjaga Al Quran dan mendampingi Al Quran.

17. Ilmu Para Imam AS

Hadis dari Imam Jaffar as Sadeq itu jelas menunjukkan, ilmu yang mereka miliki adalah kurnia Allah bukan mereka memiliki dengan sendiri, kerana ini akan mendatangkan syirik.

Di dalam surah yunus ayat 20 dan an An'am jelas menunjukan bahawa yang mengetahui hal yang ghaib itu hanya Allah. Dan dalam surah az zhuruf ayat 4, al Buruj ayat 22, ar radh ayat 39, menunjuk bahawa ilmu Allah itu terletak di kitab almknun, kitabun mubin, umul kitab, luh mahfuz. Ia juga dipanggil Imamul mubin "kulu sha'ain ahsaina hu fi Imamul mubin" walau namanya berbeza ia memiliki hakikat yang sama iaitu khazahna ilmu Allah yang Allah berikan kepada orang2 yang tertentu (surah aj jin ayat 27) dan tidak akan menyentuhnya kecuali yang disucikan (al waqih'ah ayat 79) dan kita semua tahu yang disucikan hanya ahlu bait (al ahzab ayat 33)

Jadi jika ada yang masih tidak faham yang ahlu bait mengetahui yang ghaib atas izin Allah dengan mengunakan dalil-dalil Al Quran yang jelas bererti orang tersebut mahu meletakan dirinya pada jalan kedegilan dan ketasuban.

18. Maqam Para Imam AS

a. Di dalam Al Quran membicarakan tugas para Rasul hanya sebagai hanya untuk menyampaikan sahaja (iblaq) dan tidak lebih dari itu. "ma ala Rasul ilal balaq" dan juga surah An Nissa, ayat 165 dan As Syura, ayat 3 dll.

Selain dari itu ada ayat2 yang membicarakan satu lagi maqam selain maqam Rasul dan memiliki tugas yang lain dengan tugas rasul iaitu maqam Imam

'kami jadikan mereka Imam untuk memberi hidayah dengan urusan kami ketika mereka bersabar dan yakin dengan ayat2 kami' surah as sajadah ayat 24.

Ayat di atas jelas menunjukkan sebahagian Rasul di angkat menjadi Imam, satu maqam yang lebih tinggi dari maqam Rasul. Tugas Imam di sini berbeza dengan tugas Rasul iaitu sebagai pemberi hidayah.

Nabi Ibrahim sebagaimana dalam surah al Baqarah ayat 124 diangkat menjadi Imam selepas ia menjadi Rasul. Jelas di sini menunjukan maqam Imam lebih tinggi dari maqam Rasul. Persoalanya sekarang apakah maqam Imam ini berterusan? Sudah tentu selagi manusia wujud di atas muka bumi ini selagi itu manusia perlu kepada hidayah dan ini tugas Imam. Dalam surah di atas Allah juga mengangkat zuriah Ibrahim sebagai Imam sebagimana Ibrahim. Dalam surah Ar Radh, ayat tujuh, Allah SWT. berfirman "Sesungguhnya kau (Muhammad) pemberi peringatan dan untuk setiap kaum ada yang memberi hidayah"

Kami ulangi lagi bahawa tugas memberi hidayah adalah tugas Imam dan hanya Allah yang melantik Imam bukan manusia. Dan ayat ini jelas menunjukan Imam yang dilantik oleh Allah itu berterusan dan maqamnya lebih tinggi dari maqam Rasul. Apakah kita lupa pada satu hadis yang mahsyur yang bermaksud "ulamak umatku lebih afdhal dari para nabi bani israel" atau kita menanggap hadis ini daif. Atau hadis yang mengatakan bahawa Nabi Isa as. akan solat dibelakang Imam Mahdi juga tidak benar?
Rujuk hadith [Sahih Muslim Kitabul Iman Hadith 0293], dari laman [http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/muslim/001.smt.html#001.0293] petikan dalam Bahasa Inggeris seperti berikut: "Jabir b. 'Abdullah reported: I heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: A section of my people will not cease fighting for the Truth and will prevail till the Day of Resurrection. He said: Jesus son of Mary would then descend and their (Muslims') commander would invite him to come and lead them in prayer, but he would say: No, some amongst you are commanders over some (amongst you). This is the honour from Allah for this Ummah." Lihat juga Sahih al-Bukhari, Arabic-English, v4, Tradition #658,"The Prophet (PBUH&HF) said: "What would be your situation if the Son of Marry (i.e. Jesus) descends upon you and your Imam is among you?". Maksudnya: Apakah yg akan kamu lakukan apabila Nabi Isa A.S turun kpd kamu dan ketika itu Imam (pemimpin) kamu adalah di antara kamu juga?” Malangnya rujukan internet dari laman http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/055.sbt.html telah diubah terjemahannya dari teks arabnya kepada berikut:" Allah's Apostle said "How will you be when the son of Mary (i.e. Jesus) descends amongst you and he will judge people by the Law of the Quran and not by the law of Gospel (Fateh-ul Bari page 304 and 305 Vol 7)."
Ini teks arabnya yang asli rujukan dari Sahih al-Bukhari, Al-Bukhari, Muhammad b. Isma`il (d. 256 AH), volume 4, page 437, hadith number 658 Pakistan: Sethi Straw Board Mills (Conversion) Ltd (9 vols), translated by Muhammad Muhsin Khan, 1971 CE :

b. Apakah pelik apabila kita mengatakan para Imam itu lebih mulia dari Malaikat sedangkan Abu Basyar Adam as. merupakan khalifah pertama dari sekian kahlifah Allah mendapat didikan langsung dari Allah (syarat khalifah Allah) dan menjadi guru kepada para Malaikat dan menjadi sujutan Malaikat, apakah ini tidak menunjukan bahawa maqam insan lebih mulia dari maqam malaikat? apakan lagi maqam imam. Apakah ini bererti mendewakan mereka atau meletakan mereka pada tempat yang sewajarnya?

Apakah menjadikan semua sahabat itu adil dan tidak boleh disentuh dan dikritik bukan pendewaan? Dan bila keisalaman dan kekufuran seseorang diukur dengan sahabat? Apakah ini bukan pendewaan terhadap mereka? Apakah segala perubahan yang dilakukan oleh khalifah pertama, kedua, ketiga tidak mengubah hukum Allah? Dan apabila menerima perbuatan mereka dan menolak hukum Allah bukan pendewaan?

19. Maqam Imam 'Ali AS

Mereka menyatakan Syiah mempercayai Saidina Ali as separuh Tuhan, menganggap guruh dan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari para malaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain dari mushaf Uhtman dan lain-lain.

Di dalam Usul al-Kafi oleh al-Kulaini adalah dilapurkan bahawa Abu Basir seorang kepercayaan Imam Jaafar telah datang berjumpa dengan Imam Jaafar. Abu Basir bertanya kepada Imam Jaafar berhubung dengan ilmu dan kelebihan Saidina Ali dan imam imam syiah… didalam buku tulisan Al Kualaini tersebut Imam Jaafar telah dikatakan menjawab sedemikian..

" Kita juga ada Mushaf Fatimah dan apakah yang orang ramai tahu tentang Mushaf Fatimah ? Ianya adalah sebuah Mushaf yang tiga kali lebih besar dari Al Quraan dan tidak ada satu ayat Al Quraan mereka didalam nya. (Usul al-Kafi oleh al-Kulaini ms 146)

Seterusnya Imam Jaafar bila ditanya lagi oleh Abu Basir berhubung dengan Mushaf Fatimah , Abu Basir menyatakan Imam Jaafar menyebut : " Apabila Allah menaikkan Rasul Nya dari dunia (wafat) … Fatimah menjadi terlalu sedih yang teramat sangat dan berduka cita yang hanya diketahui oleh Allah saja. Allah kemudian menurunkan malaikat untuk memujuknya semasa kesedihan tersebut dan malaikat tersebut telah berbual bual dengan Fatimah. Fatimah menceritakan peristiwa tersebut kepada Ali dan Ali meminta Fatimah memberitahunya apabila malaikat tersebut datang. Setiap kali malaikat datang Ali telah mencatatkan segala gala yang disebut oleh malaikat tersebut… dan Inilah yang di panggil mushaf Fatimah. Usul al-Kafi oleh al-Kulaini ms 147) Al Kulaini seterusnya didalam kitab yang sama menyatakan bahawa Jabir Al Jufi berkata "aku telah mendengar Muhammad Al Baqir berkata " Seseorang tidak akan mengatakan bahawa Al Quraan telah diturunkan sekelompok kecuali dia itu pendusta. Tiada seorang pun yang mengumpul dan menghafal semuanya yangt di turunkan Nya kecuali Abi bin Abi Talib dan para pengikut sesudahnya. " [muka surat 228]

20. Syiah Menyembunyikan Kitab-kitab Mereka?

"Sebagai satu ajaran yang telah lama bertapak, Syi`ah mempunyai rujukan-rujukan sendiri yang muktabar. Bagaimanapun sudah menjadi polisi kepada mereka untuk tidak membiarkan kitab-kitab mereka jatuh kepada orang lain oleh kerana itu, mereka menyembunyikannya. Malahan rujukan mereka itu hanya dibaca oleh Ayatullah-Ayatullah sahaja. Adapun Syi`ah yang tidak menjangkaui martabat tersebut tidak layak untuk membacanya sehingga mereka mendakwa orang-orang yang bertaqwa sahaja yang berhak. Alangkah malang sungguh mereka yang menerima ajaran Syi`ah tetapi tidak dapat menatapi sabdaan-sabdaan para Imam. Kitab-kitab berautoriti seperti al-Kafi karangan al-Kulaini, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man layahduruhu hanya bacaan para Ayatullah sahaja"[lihat: Apa Beza Syiah dan Yahudi?.

Dakwaan ini tidak benar sama sekali, kerana pada hari ini kitab-kitab syiah telah banyak disiarkan dalam internet termasuklah kitab-kitab hadith dan tafsir al-Qur'an seperti al-Kafi, Biharul Anwar, al-Istibsar, tahdzib al-ahkam, Man layahduruhu ila faqih, al-Mizan fi tafsir dan sebagainya. Sesiapa pun boleh membacanya. Silalah ke laman al-shia.com alhikmeh.com, Rafed.net dan sebagainya.

Komen

Kesimpulan dari para para diatas… bagaimana mungkin seorang ahli sunnah tidak menyatakan kehairanan nya diatas isu adanya orang orang syiah yang berfahaman ujudnya satu kitab Al Quraan yang selain nya dari mushaf Othman…. Apabila perkara sedemikian memang tertulis didalam salah sebuah kitab pokok rujukan Syiah iaitu Usul al-Kafi oleh al-Kulaini.

Nota: Permasalahannya ialah pihak Ahlul Sunnah tidak dapat membezakan antara hadith yang sahih atau sebaliknya dalam kitab-kitab Syiah. Menurut Imam Ja'far al-Sadiq AS hadith yang bercanggah dengan al-Qur'an hendaklah ditolak samasekali. Imam Ja'far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya Rasulullah SAWA [bermaksud]: " Setiap Hadith yang kamu terima dan bersesuaian dengan Kitab Allah tidak diragukan datangnya daripada aku dan Hadith-hadith yang kamu terima yang bertentangan dengan Kitab Allah, sesungguhnya bukan datang daripadaku." [Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid I, Hadith 205-5]. Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut Sunnah Nabi SAWA kemudian ia dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai oleh Imam Malik yang lahir pada tahun 95 Hijrah dan meninggal tahun 179 Hijrah, Abu Hanifah yang lahir tahun 80 Hijrah dan meninggal tahun 150 Hijrah, Syafie yang lahir tahun 150 Hijrah dan meninggal tahun 204 Hijrah, dan Ibnu Hanbal yang lahir tahun 164 Hijrah dan meninggal tahun 241 Hijrah.

Kekafiran Majoriti Para Sahabat Menurut Catatan al- Bukhari Dan Muslim

Pengenalan.

I

Definisi kekafiran

Perkataan “kekafiran” adalah pecahan daripada perkataan “kafir”. Menurut Kamus Dewan, perkataan “kekafiran” memberi pengertian sifat-sifat kafir.Dan kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Sementara perkataan “mengkafir/mengafir” bererti menganggap kafir/mengatakan kafir (Kamus Dewan, Kuala Lumpur,1991, hlm.514).Perkataan “murtad” bererti seorang keluar daripada agamanya,tidak setia kepada agamanya (Kamus Dewan, Kuala Lumpur,1991, hlm.846) Justeru itu orang Islam yang menjadi kafir atau murtad adalah orang yang keluar agama Islam.

Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad selepas kewafatan Nabi (Saw.) amat mencemaskan,tetapi ianya suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun kerana ia telah dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka di mana kedua dua kitab tersebut dinilai sebagai kitab yang paling Sahih selepas al-Qur’an oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sendiri. Di samping itu ia juga telah dicatat oleh pengumpul-pengumpul Hadis daripada mazhab Ahlu l-Bait(a.s) di dalam buku-buku mereka.

Amatlah dikesali bahawa kaum Wahabi yang menyamar sebagai Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sentiasa menyamarakkan sentimen anti Syi‘ah dengan slogan “Syi‘ah mengkafirkan para sahabat” bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada gerakan mereka.Walau bagaimanapun rencana ringkas ini sekadar mendedahkan hakikat sebenar bagi menjawab tuduhan tersebut,dan tidak sekali-kali bertujuan meresahkan kaum Muslimin di rantau ini.

Sekiranya al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) di dalam Sahih-Sahih mereka, kenapa kita menolaknya dan melemparkan kemarahan kepada orang lain pula? Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah (swt)Dan jika kita Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), nescaya kita menerimanya.Jika tidak, kitalah Ahli anti Sunnah/Hadis Nabi (Saw.)





Definisi sahabat

Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan: "Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para sahabatnya."

Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya(al-Bukhari, Sahih, v , hlm.1). Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya(Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan."

Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi (Saw.) dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.Ibn Hajar berkata:"Definisi tersebut tidak boleh diterima(Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm.1)

Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi (Saw.)dalam masa yang lama dan "mengambil (hadith) daripadanya(Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi,hlm.4-3) Ada juga pendapat yang mengatakan:"Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi (Saw.) dalam masa yang pendek(Ibid).

Kedudukan para sahabat

Kedudukan para sahabat di bahagikan kepada tiga:

1.Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid.Ini adalah pendapat Ahlu s- Sunnah wa l-Jama‘ah.

2.Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka.Justeru itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya.Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya.Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah (Saw.)/Syi‘ah/Imam Dua belas.

3.Semua sahabat adalah kafir-semoga dijauhi Allah-Ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam.

II

Dikemukan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English), by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA1987, jilid viii, hlm.378-384(Kitab ar-Riqaq,bab fi l-Haudh)dan enam hadis dari Sahih Muslim Muslim,Sahih, edisi Muhammad Fuad ‘Abdu l-Baqi, Cairo,1339H, jilid iv, hlm.1793-1800 (Kitab al-Fadha‘il, bab Ithbat Haudhi n-Nabi (Saw.) yang berkaitan dengan topik kajian:



Terjemahan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari



1.Hadis no.578.Daripada Abdullah bahawa Nabi(Saw.) bersabda:Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku.Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku.Aku akan bersabda: wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi).Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)



2.Hadis no.584.Daripada Anas daripada Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai/Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka,lantas mereka dibawa jauh daripadaku.Kemudian aku akan bersabda:Para sahabatku(ashabi)!Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka)



3.Hadis no.585.Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi (Saw.) Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Dan siapa yang akan melaluinya akan miminumnya.Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali,dan mereka juga mengenaliku.Kemudian dihalang di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata : Nu‘man bin Abi ‘iyasy berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab:Ya.Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa ‘id al-Khudri berkata perkara yang sama,malah dia menambah:Nabi (Saw.) bersabda:Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi).Maka dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka Aku akan bersabda:Jauh!Jauh! (daripada rahmat Allah) /ke Neraka mereka yang telah mengubah/menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man ghayyara ba‘di) ”

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat.kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh.Maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!mereka itu adalah para sahabatku (ashabi).Dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka)Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu ‘ala a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy)



4.Hadis no.586.Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku

di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh.Maka aku berkata:Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka.Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba ‘da-ka ‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy)



5.Hadis no.587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (Saw.)bersabda: Manakala aku sedang tidur,tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku.Apabila aku mengenali mereka,tiba-tiba seorang lelaki(Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka :Datang kemari.Aku bertanya kepadanya:Ke mana? Dia menjawab:Ke Neraka,demi Allah.Aku pun bertanya lagi:Apakah kesalahan mereka?Dia menjawab:Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka( inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy).Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya(fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘ am).


Terjemahan hadis-hadis dari Sahih Muslim



1.Hadis no.26.(2290)Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda:Aku akan mendahului kamu di Haudh.Siapa yang melaluinya, dia akan meminumnya.Dan siapa yang meminumnya,dia tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku(para sahabatku).Kemudian dipisahkan di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata:Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah mendengarnya dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini.Maka dia berkata:Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian?Dia berkata:Ya.



(2291)Dia berkata:Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah:Dia berkata:Sesungguhnya mereka itu adalah daripadaku(inna-hum min-ni).Dan dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).Maka aku (Nabi (Saw.) bersabda:Jauh !Jauh! (daripada rahmat Allah)/ke Neraka mereka yang telah mengubah/menukarkan (hukum Tuhanku dan Sunnahku) selepasku ( Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di)



2.Hadis no.27(2293)Dia berkata:Asma‘ binti Abu Bakr berkata:Rasulullah (Saw.) bersabda:Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu(man yaridu ‘alayya min-kum).Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!Mereka itu daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab:Tidakkah anda merasai/menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)?Demi Allah, mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka(Wa Llahi!Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)Dia berkata:Ibn Abi Mulaikah berkata: “ Wahai Tuhanku!Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami”



3.Hadis no.28.(2294) Daripada ‘Aisyah berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda ketika beliau berada di kalangan para sahabatnya(ashabi-hi):Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku.Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada(para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ‘amilu ba‘da-ka).Mereka sentiasa mengundur ke belakang(kembali kepada kekafiran)(Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)



4.Hadis no.29(2295)Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah;isteri Nabi (Saw.)Rasulullah (Saw.) bersabda:Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang daripada kamu(para sahabatku) akan datang kepadaku sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku(fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau/diusir unta yang tersesat(ka-ma yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu).Aku akan bersabda:apakah salahnya? Dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)Maka aku bersabda:Jauh!(daripada rahmat Allah) (suhqan).



5.Hadis no.32(2297)Daripada Abdillah, Rasulullah (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Dan aku akan bertelagah dengan mereka (aqwaman).Kemudian aku akan menguasai mereka.Maka aku bersabda:Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku.Mereka itu adalah para sahabatku(Ya Rabb!Ashabi,ashabi).Lantas dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)



6.Hadis no.40.(2304)Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi (Saw.) bersabda:Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki(rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku(mimman sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku.Kemudian mereka dipisahkan daripadaku.Maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!Mereka adalah para sahabatku.Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi)Akan dijawab kepadaku:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).



Perkataan-perkataan yang penting di dalam hadis-hadis tersebut.



Daripada hadis-hadis di atas kita dapati al-Bukhari telah menyebut perkataan:

a. Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali

b.Inna-ka la tadri/la ‘ilma la-ka ma ahdathu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali.Perkataan ahdathu bererti mereka telah melakukan bid‘ah-bid‘ah/inovasi yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah nabi (Saw.).

c.Inna-hum Irtaddu(Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.

d.Suhqan suhqan li-man gyayara ba‘di (Jauh! Jauh!(daripada rahmat Allah) /ke Nerakalah mereka yang telah mengubah/menukarkan-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali.perkataan “Ghayyara” bererti mengubah/ menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

e. Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamali n-Na‘am (Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan(beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya) satu kali.



Sementara Muslim telah menyebut perkataan:



a.Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.

b.Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,

c. Sahaba-ni ( bersahabat denganku) satu kali

d.Usaihabi (para sahabatku) dua kali.

e.Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali.

f.Inna-ka la tadri/sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui/menyedari apa yang dilakukan(ma ‘amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali .Perkataan “Ma ‘amilu”(Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya..

g.Ma barihu/Ma zalu Yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua kali

h. Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah)/ ke Nerakalah mereka yang telah mengganti/ mengubah/ menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti/mengubah/menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.





Justeru itu sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut al-Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:

(1) Ahdathu=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him

(2) ‘Amilu =Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him

(3)Ghayyaru=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him

(4)Baddalu=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him


III

Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati(mal‘unin). Lantaran itu sebarang justifikasi (tabrirat) seperti Maslahah, Masalihu l-Mursalah, Saddu dh-Dhara’i‘,Maqasidu sy-Syari‘ah‘, dan sebagainya bagi mengubah/menukar/menangguh/membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya adalah bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.).Jika mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), malah mereka adalah Ahli anti Sunnah nabi (Saw.)

Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu/La yazalun yarji‘un ‘ala a‘qabi-him) di dalan hadis-hadis tersebut adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya (baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid‘ah (ahdathu) dan amalan-amalan (‘amilu) yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.). Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama.Menurut al-Bukhari dan Muslim,hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti bilangan unta yang tersesat/terbiar (mithlu hamali n-Na‘am) .Justeru itu konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy‘ari (al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo,1958, hlm.12) dan dijadikan akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah bertentangan dengan hadis-hadis tersebut.



Walau bagaimanapun hadis-hadis tersebut adalah bertepatan dengan firma-Nya di dalam Surah al-Saba’(34):131 “Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”, firman-Nya di dalam Surah Yusuf (12):103 “Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman, meskipun engkau harapkan”,dan firman-Nya di dalam Surah Sad (38):24 “Melainkan orang-orang yang beriman,dan beramal salih,tetapi sedikit (bilangan) mereka” Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah hud(11):40 “ Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja.” Mukminun adalah sedikit.Justeru itu tidak hairanlah jika di kalangan Para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi (Saw.), tidak meredhai keputusan yang dibuat oleh Nabi (Saw.) Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah (swt).

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahu kami bahawa dia berkata:"Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata:Suatu hari Nabi (Saw.) telah membahagikan-bahagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah kerana Allah (swt). Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahu Nabi (Saw.) mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar."



Perhatikanlah bagaimana perlakuan (ma ‘amilu) sahabat terhadap Nabi (Saw.)! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi (Saw.) itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi (Saw.) itu harus ditaati?Tetapi mereka tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi (Saw.).

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata:"Aisyah berkata:Nabi (Saw.) pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi (Saw.), maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda:"Kenapa mereka menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari mereka."



Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa dia berkata:"Aku berjalan bersama Rasulullah (Saw.) di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi (Saw.) dengan kuat." Anas berkata:"Aku melihat kulit leher Nabi (Saw.) menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata:Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi (Saw.) berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."

Di kalangan mereka ada yang telah menghina Nabi (Saw.)dan mempersendakan Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau” di hadapan Nabi (Saw.)“ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah Nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ Mereka telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.)Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida”,Tarikh, I, hlm. 156] merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79,92),menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku ,dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dan lain-lain).



Mereka telah membakar Sunnah Nabi (Saw.) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V , hlm. 140), “ menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.) " [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I ,hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111] , mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti,Tarikh al-Khulafa’ hlm.136)



Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib (r.a), lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi (Saw.) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm.343 (Hadis no.488 )



Kesemua hadis-hadis tersebut adalah menepati ayat al-Inqilab firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 144:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang(murtad), maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur." Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34): 13:"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih."



Kesimpulan



Kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amat menakutkan sekali. Dan ianya menyalahi akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menegaskan bahawa semua para sahabat adalah adil (kebal). Lantaran itu mana-mana Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi‘I, mufti, kadi dan kita sendiri,tidak boleh mengubah/ menannagguhkan/melanggar/ membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu sy-Syari‘ah, Maslahah, dan sebagainya.Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meridhai perbuatan tersebut.Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)

Firman-Nya “Tidak,demi Tuhan,mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya”(Al-Nisa’(4):65)Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir”(al-Ma ‘idah(5):44)

Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)

Dan firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali”(Al-Nisa ‘(4);115)



Semoga semua Muslimun dahulu dan sekarang, sama ada sahabat atau tidak, akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke Syurga-Nya. Amin.

Para Imam 12 dari Quraisy, Bani Hasyim dan Ahl Bait Rasulullah s.a.w.




Ini adalah terjemahan Kitab al-Imarah (Pemerintahan) daripada Sahih Muslim. Cairo, 1955, Jilid II, him. 1542-1543. Bab pada menyatakan urusan kekhalifah/lmamah hanya berada di tangan dua belas (12) Imam daripada Quraisy, seperti berikut:

Hadith No. 4;

Ahmad bin 'Abdullah bin Yunus telah memberitahukan haddatha-na" kami. 'Asim bin Muhammad bin Zaid telah memberitahukan kami daripada bapanya. ... Dia berkata: 'Abd u-llah berkata: Rasulullah s.a.ui. bersabda; "Sentiasa urusan ini "Khalifah/Imamah" berada di tangan Quraisy, sekalipun tinggal dua orang".

Hadith No. 5;

Qutaibah bin Sa'id telah memberitahukan kami. Jarir telah memberitahu-kan kami daripada Husain daripada Jabir bin Samurah. Dia berkata: Aku telah

mendengar Nabi s.a.w. bersabda. Rifa'ah bin al-Haitham al-Wasiti telah

memberitahukan kami. Khalid bin 'Abdullah al-Tihan telah memberitahukan kami daripada Husain Jabir bin Samurah. Dia berkata: Aku telah datang kepada Rasulullah bersama bapaku, maka aku mendengarnya bersabda: "Urusan ini (Khalifah/Imamah) tidak akan selesai sehingga berlalunya kepada

mereka dua belas (12) khalifah". Dia berkata: Kemudian dia bercakap kepadaku dengan perlahan. Dia berkata: maka aku pun berkata kepada bapaku: Apakah yang diucapkannya? Dia menjawab: Mereka semua adalah daripada Quraisy".

Hadith No. 6;

Ibn Abi 'Umar telah memberitahukan aku. Sufyan talah memberitahu kepada kami daripada 'Abdu l-Malik bin 'Umair daripada Jabir bin Samurah. Dia, berkata: Aku talah mendengar Nabi s.a.u. bersabda: "Sentiasa urusan manusia berlalu begitu sahaja selagi mereka tidak dipimpin oleh dua belas (12) lalaki". Kemudian Nabi s.a.w. bercakap kepadaku dengan perkataan yang perlahan. Maka aku pun bertanya bapaku: Apakah yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.? Maka dia berkata: Semua mereka adalah daripada Quraisy".

Hadith No.7;

Haddad bin Khalid al-Azdiyy telah memberitahukan aku. Hammad bin Salmah telah memberitahukan kami daripada Simak bin Harb. Dia berkata: Aku telah

mendengar Jabir bin Samurah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam sentiasa kuat/mulia sehingga dua belas (12) khalifah". Kemudian dia mengucapkan kalimah yang aku tidak memahaminya. Maka aku pun berkata kepada bapaku: Apakah yang diucapkannya? Dia berkata: "Semua mereka adalah daripada Quraisy".

Hadith No. 8;

Abu Bakr din, Abi Syaibah...... Jabir bin Samurah berkata: Nabi s.a.w.

Bersabda: "Sentiasa urusan ini (Khalifah/Imamah) menjadi teguh/mulia sehingga dua belas (12) khalifah". Dia berkata: Kemudian dia bercakap sesuatu yang aku tidak memahaminya. Maka aku bertanyakan bapaku: Apakah yang diucapkan­nya? Maka dia menjawab: "Semua mereka adalah daripada Quraisy".

Hadith No. 9;

Nasru bin 'Ali al-Jadhami telah memberitahukan aku..... Jabir bin Samurah berkata: Aku datang kepada Rasulullah bersama bapaku maka aku mendengarnya ' bersabda: "Agama ini sentiasa kuat/mulia sehingga dua belas (12) khalifah". Dia (Rasulullah s.a.w.) telah mengucapkan perkataan yang tidak dapat didengari-nya oleh orang ramai. Aku bertanya kepada bapaku: Apakah yang d,iucepkan oleh-nya? Dia menjawab: "Semua mereka adalah daripada Quraisy".

Hadith No. 10;

Qutaibah bin Sa'id dan Abu Bakr bin Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami..... Jabir bin Samurah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Agama ini sentiasa teguh sehingga datangnya Qiamat atau
(berlalu) di atas kamu dua belas (12) khalifah".





Sementara al-Bukhari di dalam Sahihnya, Cairo, 1952, IX, him. "205, mengatakan dsngan perkataan "12 amir". Walau bagaimanapun Muslim dan al-Bukhari bersetuju bahawa urusan dunia tidak akan selesai malainkan berlalunya 12 khalifah, 12 lelaki, atau 12 amir.

Kelebihan keturunan Rasulullah s.a.w.

Terjemahan Kitab al-Fadail daripada Sahih Muslim, Cairo, 1955, Dilid IV, him. 1782 mengenai "kelebihan keturunan'Rasulullah s.a.w.".

1. (Hadis No. 2276) Muhammad bin Mihran al-Razi dan Muhammad bin 'Abdu r-Rahman bin Sahm telah memberitahukan haddatha-na aku semuanya daripada al-Walld. Muhammad bin Mihran berkata: al-Walid bin Muslim telah memberitahukan kami. Al-Auza'i telah memberitahukan kita daripada Abi 'Ammar, sssungguhnya beliau telah mendengar Wathilah bin al-Asaq’ berkata: Aku men-dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak Isma'il. Dia telah memilih Quraisyh daripada Kinanah, memilih Bani Hashim daripada Quraisyh dan Dia telah memilih aku daripada Bani Hashim". Hadis ini dikenali dengan hadis al-Istifa'.

Kelebihan Ahl al-Bait nabi s.a.w.

2. (Hadis No. 2424) Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Muhammad bin Abdullah bin Numair telah memberitahukan kami, mereka berdua berkata: Muhammad bin Bisyr telah memberitahukan kami daripada Zakariyya'a daripada Mus'ab bin Syaibah daripada Safiyyah binti Syaibah. Dia berkata: 'Aisyah berkata: Nabi s.a.w. telah keluar di waktu siang dan di atasnya Kisa’ pakaian (selimut) berwarna hitam. Al-Hasan bin 'Ali datang (kepadanya lalu dia memasukkannya (kemudian datang Fatimah maka dia memasukkannya (ke dalamnya). Kemudian 'Ali datang maka dia memasukkannya. Kemudian dia membaca "Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan daripada kamu Ahl al-Bait kekotoran dan membersihkan kamu dengan sebersih bersihnya" (Surah al-Ahzab (33): 33). Hadis ini dikenali dengan hadis al-Kisa'.

3. (Hadis No. 2404 (31) Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Ghundar telah memberitahukan kami daripada Syu'bah. Muhammad bin al-Muthanna dan Ibn Basysyar berkata: Muhammad bin Ja'far dan Mus'ab bin Sa'd bin Abi Waqqas telah mem­beritahukan kami daripada Sa'd bin Abi Waqqas. Dia berkata: Rasulullah s.a.i telah meninggalkan 'Ali bin Abi Talib (di Madinah) semasa Peperangan tabuk. Maka 'Ali a.s. berkata: Uahai Rasulullah! Kamu tinggalkan aku (untuk men— jaga) perempuan dan kanak-kanak? Rasulullah s.a.w. bersabda: tidakkah kamu redha kedudukan (al-Manzilah) kamu disisiku samalah kedudukan Harun disisi Musa? Hanya tidak ada nabi selepasku". Hadis ini dikenali dengan hadis al-Manzilah (Ibid., him. 1871).

4. (Hadis No. 2408) Zuhair bin Harb dan Syuja' bin Makhlad telah memberi­tahukan aku..... kemudian Rasulullah s.a.u. berdiri dan bersabda: Adapun sekalian daripada itu, wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah manusia di mana aku akan didatangi oleh utusan Tuhanku, maka aku akan menyahutinya. Dan aku meninggalkan kepadamu dua perkara yang berharga: Pertamanya kitab Allah padanya petunjuk dan cahaya. Oleh itu beramal dan berpegang teguhlah kamu semua dengan kitab Allah dan keluargaku". Hadis ini dikenali dengan Hadis Thaqalain. (Sahih Muslim, IV, him. 1873).

Jika.diperhatikan hadis "imam dua belas", hadis al-Istif a"', hadis al-Manzilah, dan hadis Thaqalain, maka ternyata bahawa Imamah/Khalifah mestilah berada di tangan 'Ali dan anak-anaknya daripada Fatimah seperti al-Hasan dan al-Husain. Kerana merekalah Ahl Bait Rasulullah s.a.w. Sementara isteri-isteri baginda tidaklah termasuk di dalam pengertian Ahl al-Bait dari segi istilah. 'Aisyah umpamanya dari Bani Taim, Hafsah dari Bani 'Adi dan mereka berdua bukan dari Bani Hashim. Dan mereka tidak termasuk di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 yang berdiri dengan sendiri; tanpa kaitan dengan ayat sebelumnya. Lantaran itu perkataan innama telah digunakan di dalam ayat tersebut (Surah al-Ahzab : 33).

Lantaran itu tidak hairanlah jika Syaikh Sulaiman al-Balkhi (Ahli Sunnah) menyatakan: "Hadis imam dua belas tidak sesuai jika dimaksudkan dengan Khalifah al-Rasyidin kerana mereka kurang daripada 12. Dan ianya juga tidak sesuai dengan khalifah-khalifah dari Bani Umayyah kerana merska lebih dari 12. Semua mereka adalah zalim selain dari Umar bin Abdul Aziz, dan mereka pula bukan daripada Bani Hashim kerana nabi bersabda: Semua mereka mestilah dari Bani Hashyim. Dan ianya juga tidak sesuai dengan khalifah-khalifah dari Bani 'Abbas kerana mereka lebih dari 12. Mereka juga menindas anak cucu Rasulullah dan melanggar suruhan al-Qur'an. Oleh itu satu cara untuk mentafsirkan hadis itu ialah menerima 12 imam itu dari Ahl Bait Rasulullah s.a.w. kerana merekalah yang paling alim, paling takwa, mempunyai sifat-sifat yang paling baik, paling tinggi nasab-nya dan lebih mulia dari sisi Allah, dan ilmu-ilmu mereka diambil dari bapa-bapa mereka yang berhubung rapat dengan moyang mereka Muhammad s.a.u.", (Yanabi al-Muawaddah, him. -447).

Syi’ah Solat Tiga Waktu?

Persoalannya benarkah syi’ah solat tiga waktu?

Memang benar syi’ah solat tiga waktu tetapi bukan mengerjakan tiga solat dalam tiga waktu tetapi mengerjakan lima solat dalam tiga waktu. Syi’ah sama seperti ASWJ mengerjakan solat yang lima iaitu – Zuhur, Asr, Maghrib, Isya’ dan Subuh dalam tiga waktu solat. Syi’ah menjamak solat Zuhur dan Asr waktu di antara Zuhur dan Asr, kemudian Maghrib dan Isya’ dalam satu waktu di antara Maghrib dan Isya’ dan seterusnya solat Subuh dalam waktu Subuh.

Ahlul Sunnah membolehkan solat jamak sama ada Jamak Takdim atau jamak Takhir ketika dalam musafir tetapi Syi’ah memboleh solat jamak walaupun seseorang tidak dalam perjalanan. Mazhab Syafie membolehkan jamak solat walau tidak dalam perjalanan tetapi tidak boleh dijadikan kebiasaan. Menurut al-Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari:

“Sekelompok ulama mengambil hadith itu sebagai bukti dan mereka membolehkan menjamak solat dalam keadaan bermukim secara mutlak jika diperlukan, asal tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Dan di antara yang membolehkan hal itu adalah: Ibnu Sirrin, Robi’ah, Asyhab bin Mundzir, al-Qoffal al-Kabir, al-Khottobi menceritakan atau mengutip pendapat ini dari sekelompok ulama ahli hadith (Tuhfazul Ahwazi oleh: al-Mubarokfuri al-Hindi Juz I, hlm. 558, Anjazul Masalik ila Muwatto’I Malik oleh: Mualana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi Juz 3, hlm. 79. Syarh Zarqoni Ila Muwatho’i Malik oleh: Muhammad Zarqani Juz I, hlm. 294. Sahih Muslim Syarh Nawawi Juz 5, hlm. 218-219.

Menurut Mazhab Syi’ah solat jamak dalam keadaan biasa boleh dilakukan sepanjang tahun. Dalam hal ini Syi’ah berdasarkan hadith yang sahih. Hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW pernah solat jamak Zuhur dan Asr sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim, Bab Jamak baina solatani fil-Hadhor, Juz 2, hlm. 152, dari Jabir bin Zaid dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAWAW menjamak Solat di Madinah tujuh dan delapan rakaat antara Zuhur –Asr serta Maghrib-Isya’. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ia berkata: “Rasulullah SAWAW menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya’ tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir). Lihat Muslim, Sahih, Bab al-Jam’u bain salataini fi hadhor, Juz, 2, hlm. 150. Dalam kitab al-Muwatta, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWAW solat Zuhur dan Asr secara jamak, juga Maghrib dan Isya’. Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAWAW pernah menjamak solat-solat beliau di Madinah sedangkan beliau dalam keadaan tidak dalam perjalanan. Lihat Musnad Ahmad bin Hanbal Juz I, hlm. 221,m cetakan Maktab Islami Beirut, tahun 1398H.

Imam Malik dalam al-Muwatha’, meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAWAW solat Zuhur dan Asr secara jamak, juga Maghrib dan Isya’. Tanpa alasan perang atau perjalanan, Imam Muslim di dalam Sahihnya bab jamak antara dua solat di dalam kota meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAWAW pernah solat Zuhur dan Asr, dan Maghrib-Isya’ di Madinah tanpa alasan apa pun dan dijamak di kotanya sendiri. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata: “Rasulullah SAWAW menjamak antara Zuhur dan Asr dan Maghrib-Isya’ di Madinah tanpa ada satu alasanpun. Kemudian perawi hadith ini bertanya kepada Ibnu Abbas? Mengapa beliau berbuat demikian? Ibnu Abbas menjawab: Agar ummat Islam tidak merasa sulit. Diriwayatkan dari Syaqiq, dia berkata: “Pada satu hari Ibnu Abbas memberikan ceramah mulai dari setelah Asr hingga matahari tenggelam dan bintang-bintang pun bermunculan. Lalu orang-orang berteriak mengajak solat. Ia (perawi) berkata: Lalu datanglah sesuatu dari Bani Tamim dengan sikap kasar dan berteriak solat-solat, kemudian Ibnu Abbas menjawab: “Apakah anda datang untuk mengajarku Sunnah, mudah-mudahan ibumu mati (la umma lak), ia (Ibnu Abbas) berkata: “Rasulullah menjamak antara solat Zuhur dan Asr serta Maghrib dan Isya’, Abdullah (perawi) berkata mendengar ucapan Ibnu Abba situ, aku belum berasa puas, kemudian aku datang pada Abu Hurairah dan aku tanyakan kepadanya tentang hal itu dan ia pun membenarkan ucapan Ibnu Abbas.

Bukhari juga meriwayatkan dalam bab waktu solat Maghrib. Dalam Sahih Bukhari, diriwayatkan Amer bin Dinar berkata: Saya dengan Jabir bin Zaid, dari Ibnu Abbas berkata: Nabi SAWAW solat tujuh dan delapan rakaat (tujuh – Maghrib dan Isya’ sedangkan delapan Zuhur dan Asr) di Madinah.

Thursday, May 6, 2010

Al-quran dah Itrah

Rasulullah saww bersabda
Siapa yang ingin hidup seperti hidupku dan wafat seperti wafatku serta masuk ke surga yang telah dijanjikan kepadaku oleh Tuhanku yaitu Jannatul Khuld, maka hendaklah ia berwilayah (berpemimpin) kepada Ali dan keturunan sesudahnya, karena sesungguhnya mereka tidak akan mengeluarkan kamu dari pintu petunjuk dan tidak akan memasukkan kamu ke pintu kesesatan. (Shahih Bukhari, jilid 5, hal. 65, cet. Darul Fikr)

Rasulullah SAWW bersabda yang bermaksud:

" Wahai manusia aku tinggalkan kepada kamu, sekiranya kamu berpegang

teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya,

Kitab Allah dan Itrahku Ahlul Baytku." [Sunan Tirmidzi]

Dari Amir bin Sa'ad bin Abu Waqqas RA, katanya:"Aku berkirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui pelayanku Nafi", meminta kepadanya supaya dia dapat mengkhabarkan kepadaku hadis yang pernah didengarnya dari Rasulullah SAWW. Dia membalas suratku sebagai berikut:"Aku mendengar Rasulullah SAWW bersabda pada hari Juma'at petang, iaitu ketika seorang suku Aslam direjam, sabdanya: Din ini (Islam) akan sentiasa tegak hingga hari Qiamat, atau sampai berlalunya 12 khalifah memerintah, yang kesemuanya dari Quraisy. Aku mendengarnya pula beliau bersabda, 'satu kelompok kaum Muslimin akan menakluki Istana Putih Kisra.' Dan aku mendengar pula beliau bersabda, 'sebelum terjadi hari Qiamat akan muncul Dajjal, maka waspadalah terhadap mereka.' Aku mendengar pula beliau bersabda,'jika Allah mengurniakan kamu kebaikan, pertama-tamanya manfa'atkanlah untuk dirimu sendiri dan untuk keluargamu.' Aku mendengar juga beliau bersabda, 'Aku lebih dahulu dan menunggu di al-Haud.'

Teks Hadith yang bergaris di atas (12 khalifah) adalah di bawah ini. Sila rujuk Sahih Muslim, Jilid IV, Bab Imarah, Hadith 1789.

Wednesday, May 5, 2010

PENEGASAN ULAMA SUNNI TENTANG SIKAP SYI’AH.

Banyak sekali penegasan ulama dan para pemikir dan pelaku da’wah Ahlussunna yang peduli akan kesadaran umat Islam telah menegaskan kesucian sikap dan keyakinan Syi’ah tentang Al-Qur’an Suci. Di bawah ini kami sebutkan sebagiannya:

1.Syeikh Muhaqqiq Rahmatullah al Hindi ad Dahlawi dalam kitabnya Idzhâr al Haq:2/206-209.

القرآن المجيد عند جمهور الشيعة الامامية الاثني عشرية محفوظ عن التغيير والتبديل’ ومن قال منهم بوقوع النقصان فيه – وهم الفئة الاخبارية – فقول مردود غير مقبول عندهم..

Al Qur’an al majîd di kalangan jumhur Syi’ah Imamiyah Itsna Asyariyah adalah terjaga dari perubahan, tahrîf. Dan segelintir dari mereka yang mengatakan adanya kekurangan –yaitu pandangan kalangan Ikhbâriyah- adalah tertolak tidak diterima di kalangan mereka sendiri…

Kemudian beliau menyebutkan pernyataan para tokoh ulama Syi’ah seperti Syeikh Shadûq, Sayyid al Murtadha, At Thûsi dan ath Thabarsi dkk.

2. Syeikh Muhammad Muhammad al Madani, dekan Fakultas Syari’ah Universitas Al Azhar- Mesir :

وأما الامامية يعتقدون نقص القرآن فمعاذ الله ‘ وإنـما هي روايــات رويَـت في كتبهم’ كما روي مثلها في كتبنا’ وأهل التحقيق من الفريقين قد زيفوها وبينوا بطلانها’ وليس في الشيعة الامامية أو الزيدية من يعتقد ذلك

Adapun bahwa Imamiyah mereka meyakini adanya kekurangan Al Qur’an, maka tidak benar, semoga Allah menjauhkan anggapan itu. Itu hanya sekadar riwayat-riwayat yang diriwayatkan dalam kitab-kitab mereka, sebagaimana diriwayatkan juga dalam kitab-kitab kita (Ahlusunnah). Para ulama peneliti dari kedua golongan ini (Sunni & Syi’ah) telah membidas anggapan-anggapan seperti itu dan menerangkan kebatilannya. Dari kalangan Syi’ah Imamiyah maupun Zaidiyah tidak ada yang mayakininya.
(Majalah Risalah Islam , diterbitkan Dâr Taqrîb, Cairo, edisi44/82dan385)

3. Ustadz Salim Bahansawi-salah seorang pemikir gerakan Islam Ikhwan al Muslimin :

إن الشيعة الجعفرية الاثني عشرية يرون كفر من حرّف القرآن الذي اجمعت عليه الامة منذ صدر الاسلام

Sesungguhnya Syi’ah Ja’fariyah Itsn Asyariyah memandang kafir orang yang merubah-rubah Al Qur’an yang telah disepakati umat Islam sejak masa awal Islam.
(As Sunnah al Muftarâ ‘Alaiha:60)
4.Syeikh Muhammad al Ghazzali rh. dalam kitabnya Difâ’ ‘An al Aqîdah Dhidda al Mustasyriqîn (Membela Akidah dari Serangan Orientalis) :

سمعت من هؤلاء يقول في مجلس علم : إن للشيعة قرآناً آخر يزيد عن قرآننا المعروف . فقلت له : أين هذا القرآن ؟ ولماذا لم يطلع الانس والجن على نسخة منه خلال هذا الدهر الطويل ؟ لماذا يُساق هذا الافتراء ؟.. فلماذا هذا الكذب على الناس وعلى الوحي

Aku mendengar dari diantara mereka ada yang menyebut-nyebut dalam majlis ilmu bahwa Syi’ah mempunyai Qur’an sendiri yang berbeda dari Qur’an kita yang telah dikenal ini. Maka aku berkata kepada mereka, ‘Dimanakah Qur’an itu? Mengapa tidak seorangpun maupun jin yang pernah menemukan satu naskah dari Qur’an itu sepanjang masa ini? Mengapa tuduhan palsu ini selalu dilansirkan? Mengapa kebohongan ini atas nama manusia dan atas nama wahyu ?

5. Syeikh Abdullah Darâz juga menegaskan kesucian sikap Syi’ah terhadap Al Qur’an, ia mengatakan dalam Madkhal Ilâ Al Qur’an al Karîm:29 dan 40 :

ومهما يكن من أمر فان هذا المصحف هو الوحيد المتداول في العالم الاسلامي’ بما فيه فرق الشيعة’ منذ ثلاثة عشر قرناً من الزمان

Betapun perrmaslahannya, tetaplah Mush-haf ini adalah mush-haf satu-satunya yang beredar di seantero dunia Islam, -tidak terkecuali sekte-sekte Syi’ah- sejak 13 abad silam.

Al-Quran syiah dan AL-Quran sunni .... apa perbezaannya???

Kelengkapan Quran tidak diperdebatkan di kalangan Syi’ah sehingga ulama hadis besar Syi’ah,
=====================

Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babwaih, dikenal sebagai Syekh Shaduq (309/919-381/991), menulis:
... Lihat Selengkapnya... See More
"Keyakinan kami adalah bahwa Quran yang diturunkan Allah, kepada Nabi-Nya, Muhammad, adalah (sama dengan) Quran di antara dua pembungkus (daffatain). Dan (Quran) ini adalah Quran yang berada di tangan umat dan tidak lebih besar daripada Quran yang itu. Jumlah surah sebagaimana umumnya diterima adalah seratus empat belas, Dan barang siapa yang menyatakan bahwa Quran yang ini lebih besar dari pada yang itu, maka ia adalah pendusta.

{Al-I’tiqadat al-Imamiyyah, Syekh Shaduq, versi Bahasa Inggris, hal. 77.}

disebutkan dalam Ushul al-Kafi juga. Ibnu Abi Ya’fur berkata,

“Aku bertanya kepada Abu Abdillah mengenai hadis-hadis berbeza sehubungan dengan yang kami percayai dan juga kami tidak percayai. Mendengar ini, Imam menjawab, “Macam mana pun engkau menerima hadis baik yang diperkuat dengan ayat mana saja dari kitab Allah atau dengan perkataan Nabi Muhammad SAW, maka terimalah ia! Kalau tidak, hadis ini hanya diperuntukkan bagi orang yang membawanya kepadamu.”

{Ushul al-Kafi, edisi Arab-Inggris, hadis 202.}

Syekh Kulaini, dalam pengantar kitabnya al-Kafi, menyebutkan:

"Saudaraku, semoga Allah menuntunmu ke jalan yang benar. Engkau harus mengetahui bahwa mustahil untuk membedakan kebenaran dan kebatilan ketika para ulama berbeda pendapat terhadap pernyataan-pernyataan yang dinyatakan berasal dari para imam.

Hanya ada satu cara memisahkan riwayat yang benar dan yang salah, yakni melalui standar yang dinyatakan oleh para imam. Ujilah hadis-hadis itu dengan kitab Allah! Ambillah hadis-hadis yang sesuai dengannya dan tinggalkanlah hadis-hadis yang bersebrangan dengannya! Terimalah hadis yang dipegang oleh semua perawi yang mengutip dari kami (ijma), karena tidak ada keraguan atas hadis yang secara sepakat dipegang oleh semua perawi hadis! Tetapi sepengetahuan kami, hadis-hadis yang bertolak belakang hanya sedikit, yang dapat diselesaikan berdasarkan standar yang disebut di atas."

{Ushul al-Kafi, edisi Bahasa Arab, bag.l, hal. 18-19.}

Ulama Syi’ah ternama lainnya adalah Allamah Muhammad Ridha Muzhaffar. Dia menulis dalam buku tentang ajaran Syi’ah, bahwa :

"Kami meyakini bahwa, Kitab Suci Quran diturunkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad yang Suci berkaitan dengan segala hal yang penting untuk menjadi petunjuk bagi umat manusia. Kitab Suci ini merupakan mukjizat abadi Nabi Muhammad yang tidak dapat diciptakan oleh pikiran manusia. Kitab ini adalah kitab yang paling utama dalam kefasihan bahasanya, kejelasannya, keberannya, dan ilmu yang terkandung dalamnya. Kitab Allah ini tidak pernah diubah oleh siapapun. Kitab Suci yang kita baca sekarang ini adalah Kitab Suci yang sama dengan kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Suci. Barangsiapa yang mengklaimnya sebagai kitab yang lain, ia adalah orang jahat, orang yang sesat pandangannya, atau orang yang sangat keliru. Semua orang yang berfikiran seperti ini telah tersesat, sebagaimana Allah mengatakan dalam Quran, Kebatilan tidak dapat menyentuh Quran dari sisi manapun. (QS. Al-Fushilat : 42).2

Sayid Murtadha, ulama Syi’ah terkemuka lain mengatakan :

"Keyakinan kami akan kesempurnaan Quran sama dengan keyakinan kami akan keberadaan negeri-negeri atau peristiwa-peristiwa besar di dunia ini yang terbukti sendiri. Terdapat banyak alasan dan motif untuk menyalin dan menjaga Quran yang Suci. Karena Quran adalah mukjizat kenabian dan sumber pengetahuan keislaman serta kaidah keagamaan, perhatian para ulama Islam terhadap Quran menjadikan mereka sangat berhati-hati dengan tatabahasa, baca, dan ayat-ayatnya. "

{Al-I’tiqadat al-Imamiyyah, Muhammad Ridha Muzhaffar, versi Bahasa Inggris, hal. 50-51.}

jadi kepada sesiapa yg ingin memfitnah bahawa syiah mempunyai al-quran yg berbeza .... sila berfikir sejenak dan selamat beramal ...