Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
(Surah Al-An'aam, Ayat 5)

Friday, March 19, 2010

Persoalan

Persoalan ini ditujukan kepada sesiapa yang ingin menjawabnya ....

1 . Hadrat Fatima Az-Zahra telah meninggal dunia 6 bulan selepas ayahnya (s.a.a.w) , Hadrat Abu Bakr telah meninggal dunia 2 setengah tahun selepas baginda , dan Hadrat Umar telah meniggal dunia pada 24 hijrah . Dengan ini , mengapakah Abu Bakr dan Umar mendapat tempat pengebumian di sebelah baginda (s.a.a.w) dan tidak pula Fatima ? Adakah Fatima tidak meminta dia dikuburkan di sebelah baginda ? atau orang muslim menghalangnya ?
(Sahih al Bukhari Arab - English Vol 5, hadith bernombor 546)

2 . Jikalau (tuduhan yang sudah biasa) syiah sendiri yang membunuh Husain , kenapa Ahlul Sunnah yakni majoriti tidak membantu Husain ?

3. Mengapakah pemilihan khalifah dilakukan dengan cara yang berbeza-beza , adakah sunnah Nabi berbeza mengikut peredaran zaman , atau pemilihan mereka dibuat dengan cara mereka sendiri ?

Buat masa ini saya hanya mempersoalkan 3 soalan ini sahaja . Insyallah saya akan terus memberi segala apa info yang saya perolehi .

No comments: